Penerjun negara Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri tidak menyangka dapat meraih pingat dalam acara 3m papan anjal seirama di Sukan Komanwel 2018 hari ini.
Menurut Nur Dhabitah, beliau dan seniornya sedar akan saingan yang akan dihadapi mereka, malah peserta dari England, Kanada dan Australia adalah mereka yang sentiasa menamatkan saingan di podium dalam pertandingan Siri Dunia.
Gandingan negara bermula dengan baik apabila mengutip 46.80 mata pada terjunan pertama dan kedua dengan 48.00 mata sebelum melonjak ke tempat kedua selepas mengutip 69.30 mata.
Selepas mengutip mata 58.50 pada terjunan keempat dan selesa di kedudukan pingat perak, namun pada terjunan terakhir, berlaku kesilapan dalam terjunan Nur Dhabitah yang menyebabkan mereka sekadar mengutip 42.30 mata untuk menduduki tempat ketiga dengan 264.90 mata keseluruhan.
"Saya tidak sangka akan dapat pingat. Dari permulaan acara lagi, secara jujur, kami tidak sasar pun untuk pingat sebab ia adalah satu cabaran yang sukar. Kami pergi pertandingan pun...Siri Dunia, di atas podium sentiasa mereka sebab itu kami tidak menaruh harapan langsung.
"Alhamdulillah, selepas terjunan yang macam itu tadi (kesilapan), pun dapat pingat, saya sangat bersyukur. Memang acara ni saya rasa memang susah hendak dapat pingat," katanya.
Dalam pada itu, Mun Yee berkata beliau puas hati dengan prestasinya dan gandingannya bersama Nur Dhabitah yang hanya disatukan beberapa bulan lepas.
"Sebenarnya, kalau ikutkan prestasi, Dhabitah lebih baik ketika latihan berbanding saya. Tapi, saya gembira dengan prestasi saya. Diakui keadaan cuaca agak berangin dan sebab itu ada peserta yang terjejas prestasi mereka," katanya.
Pingat emas dimenangi penerjun tuan rumah, Esther Qin-Georgia Sheehan yang mengumpul 284.10 mata, diikuti penerjun England Alicia Blagg-Katherine Torrance yang mengumpul 276.90 mata.
Mun Yee-Nur Dhabitah akan beraksi malam ini dalam acara 10m platform seirama.
-Bernama
Bernama
Wed Apr 11 2018
Penerjun negara Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri berjaya sumbangkan pingat gangsa untuk negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018.-BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Olimpik Paris 2024: PM Anwar ucap terima kasih kepada Muhammad Shah Firdaus, harap terus berjuang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, atas aksinya pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris.
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadiahkan pingat pertama buat Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat pertama buat Malaysia selepas menewaskan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Sukan Asia Hangzhou: Shereen butir pingat gangsa 400m
Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy, meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam acara 400 meter sebentar tadi.
Sukan Asia: Pandelela-Nur Dhabitah Raih gangsa 10m platform seirama wanita
Keputusan itu menyaksikan Pandelela-Nur Dhabitah mengulangi pencapaian gangsa yang diraih Nur Dhabitah-Datuk Leong Mun Yee pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Empat gangsa beri tanda positif, momen gimnas negara akan tiba - Shu Liang
Skuad gimnastik artistik kebangsaan menutup saingan di Sukan SEA 2023 dengan penambahan empat pingat gangsa pada hari terakhir saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Olimpik, di sini hari ini.
Perenang negara cipta dua rekod kebangsaan
Perenang Malaysia mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam perjalanan untuk merangkul pingat gangsa pada hari ketiga acara renang Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional.
Zaidatul tamat kemarau enam tahun raih pingat individu
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan kemarau enam tahun pingat acara 200 meter (m) wanita selepas merangkul gangsa pada Sukan SEA 2023, di sini, hari ini.
Mohd Juwaidi sambut Aidilfitri dengan dua gangsa di Piala Dunia Memanah
Mohd Juwaidi Mazuki menyambut Aidilfitri jauh di perantauan dengan membuat panahan yang memberikan dua pingat gangsa untuk negara di Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya, Turkiye.
ISG: Pemanah muda wanita negara curi tumpuan
Azreen berpeluang menebus duka apabila beraksi di penentuan gangsa menentang Indonesia, Khamis ini.
Sukan Komanwel: 'Menang gangsa macam emas, hadiah untuk hari jadi ayah'
Muhammad Firdaus Shah mengakui amat teruja dengan pingat pertama diraihnya pada temasya sukan berprestij itu.