awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murray mampu juarai Wimbledon - Berdych

Astro Arena
Astro Arena
09/07/2016
06:05 MYT
Murray mampu juarai Wimbledon - Berdych
Ketiadaan Novak Djokovic dan Roger Federer memberi peluang besar kepada Murray untuk merangkul kejuaraan. - Foto AFP
TOMAS Berdych tidak pasti sama ada kekalahan kepada Andy Murray dalam separuh akhir tenis Wimbledon satu keputusan adil, namun dia percaya lawannya itu mampu menjuarai kejohanan itu.
Berdych, yang turun selaku pilihan ke-10, tewas 6-3, 6-3, 6-3 kepada Murray, yang akan berdepan Raonic dalam final dalam misinya meraih kejuaraan ketiga Grand Slam.
Berdych melihat ketiadaan Novak Djokovic dan Roger Federer memberi peluang besar kepada Murray untuk merangkul kejuaraan di laman sendiri.
"Saya rasa dia mampu melakukannya. Dengan ketiadaan Novak Djokovic, saya rasa dia mampu menjadi juara," jelas Berdych.
"Saya rasa dia memiliki segala kualiti untuk menjadi juara."
Walaupun tewas, pemain kelahiran Republik Czech itu mengakui melepaskan peluang untuk merapatkan jurang dalam set pertama dan kedua berdepan pemain no.2 dunia itu.
"Saya mendapat beberapa peluang, terutama dalam set kedua ketika saya mendahului 3-2.
"Namun, secara keseluruhan saya rasa Murray bermain dengan lebih baik, dia berjaya bertahan dan bermain dengan cukup ampuh. Dia layak menang."
Topic Berkaitan
#Andy Murray
#Grand Slam
#tenis
#Tomas Berdych
#Wimbledon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan