awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUSA sokong Hamidin terus terajui FAM - Sulaiman

Bernama
Bernama
16/01/2022
10:01 MYT
MUSA sokong Hamidin terus terajui FAM - Sulaiman
Peluang harus diberikan kepada Datuk Hamidin Mohd Amin untuk terus mengemudi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai presiden, kata Presiden MUSA Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
MELAKA: Peluang harus diberikan kepada Datuk Hamidin Mohd Amin untuk terus mengemudi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai presiden atas kredibiliti dan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Sulaiman Md Ali berpendapat kepimpinan Hamidin dan hubungan baiknya dengan ramai individu berpengaruh dalam bidang sukan di dalam dan luar negara amat penting untuk memacu kemajuan bola sepak negara.
"Masing-masing boleh berikan pandangan namun saya selaku Presiden MUSA juga mahu memberi pandangan dan merasakan Hamidin masih lagi perlu diberi peluang untuk memimpin FAM kerana kredibiliti yang dimilikinya.
"Jangan kerana disebabkan satu kegagalan, kita anggapnya gagal semua dan terus mendesak beliau meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres MUSA ke-66 di Ayer Keroh di sini.
Sebelum ini media melaporkan terdapat desakan daripada peminat supaya Hamidin melepaskan jawatan sebagai presiden badan induk itu selepas kegagalan skuad Harimau Malaya mencapai sasaran ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lepas.
Ia juga menyaksikan pengendali pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pada awal bulan ini sebagai mengambil tanggungjawab atas penyingkiran awal itu.
Menyokong penuh kepimpinan Hamidin sebagai presiden badan induk bola sepak negara itu, Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka percaya Hamidin merupakan individu terbaik untuk terus mengemudi FAM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#Hamidin Mohd Amin
#MUSA
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan