RAFAEL Nadal akan kembali cergas dan beraksi dalam pusingan akhir ATP di London walaupun dilaporkan mengalami kecederaan lutut sebelum ini.
Perkara itu disahkan oleh jurulatihnya, Carlos Moya, setelah pemain nombor satu dunia itu
terpaksa melupakan saingan suku akhir Paris Masters sebelum ini ketika aksi menentang Filip
Krajinovic akibat kecederaan lutut, sekaligus menimbulkan persoalan akan penampilannya di
London.
Bagaimanapun, Moya menyifatkan anak didiknya itu akan tetap beraksi, menambah tarikan
kepada kejohanan setelah Andy Murray dan Novak Djokovic sah tidak akan beraksi.
"Nadal dalam keadaan bagus, begitu juga lututnya," kata Moya ketika di Milan.
"Dia berhenti kerana tidak mahu mengambil risiko tetapi akan tetap beraksi di London kerana
ia satu-satunya kejuaraan yang belum dimilikinya."
Nadal mengharungi musim yang hebat, memenangi Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika
Syarikat untuk menjadikan jumlah keseluruhan kejuaraan grand slamnya kepada 16.
Pemain berusia 31 tahun itu bergelut dengan kecederaan dan masalah prestasi dalam dua
tahun sebelum ini, namun Moya menjelaskan dia tidak pernah meragui kemampuan bintang
Sepanyol itu.
"Saya sudah menjangkakan Nadal akan kembali menjadi pemain nombor satu dunia dan saya tidak
terkejut kerana melihatnya berlatih dengan gigih.
"Tenis dan pemikirannya telah membawanya ke carta nombor satu semula," tambah Moya.
Astro Arena
Thu Nov 09 2017
Nadal mengharungi musim yang hebat, memenangi Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat untuk menjadikan jumlah keseluruhan kejuaraan grand slamnya kepada 16. - Gambar fail/AP
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Final ATP: Rafael Nadal masih 50-50 dengan prestasi musim depan
Nadal menderita masalah kaki yang serius dan pemain berusia 36 tahun itu terpaksa menarik diri daripada Wimbledon.
Hukuman lebih berat menanti pemain tenis mengamuk
Tabiat panas baran, mengherdik dengan kata-kata kesat, dan kebiasaan menghempas raket kini boleh dikenakan tindakan.
ATP Akhir: Atasi Zverev, Medvedev terus tampil aksi cemerlang
Wakil Russia itu melengkapkan kemenangan 6-3 ,6-7 (3-7), 7-6 (8-6) dalam pertembungan sengit di Turin.
COVID-19: Pelawat ke Singapura perlu miliki insurans bermula 31 Jan
Insurans tersebut untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19.
Zverez atasi Nadal sebelum mara ke final
Zverev menjadi wakil Jerman pertama dalam tempoh 25 tahun untuk mara ke final kejohanan di Paris bagi menjadikan kemenangan ke-21 daripada 23 perlawanan sejak memulakannya di Terbuka AS.
ATP perkenal sistem baharu tentukan ranking pemain tenis dunia
Ranking ini bagi menentukan kelayakan pemain untuk beraksi dalam kejohanan itu.
Federer, Nadal cadang penggabungan ATP, WTA
Kedua-dua kejohanan lelaki (ATP) dan wanita (WTA) terpaksa ditangguhkan, sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai susulan wabak coronavirus.
'Ini soalan serius atau jenaka?' - Nadal berang kekalahan dikaitkan dengan isteri
Pemain tenis No.1 dunia, Rafael Nadal hilang sabar selepas kekalahnnya pada Pusingan Akhir Kejohanan ATP di London dikaitkan dengan perkahwinannya.
Tarikan DreamWorks di Movie Animation Park Studios tidak diteruskan
ATP dan DreamWorks tidak mencapai persetujuan untuk membuka tarikan DreamWorks kepada orang ramai pada 1 Ogos 2018.
Nadal akan tampil dalam pusingan akhir ATP
Rafael Nadal akan kembali cergas dan beraksi dalam pusingan akhir ATP di London walaupun dilaporkan mengalami kecederaan lutut sebelum ini.