Pemain lelaki nombor dua negara, Mohd Nafiizwan Adnan tidak menghadapi tekanan untuk melangkah ke peringkat seterusnya pada pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur 2013.
Pada saingan kelayakan pertama di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini, Mohd Nafiizwan mengalahkan pemain remaja kebangsaan, Sanjay Singh dengan 11-5, 8-11, 11-9 dan 11-5 dalam tempoh 45 minit.
"Saya tidak merasa tekanan bila bermain dengan pemain pelapis. Bagaimanapun saya berbangga kerana Sanjay berjaya menampilkan mutu permainan yang begitu baik.
"Pada perlawanan berikutnya saya perlu lupakan semua apa yang berlaku hari ini dan memberi tumpuan terhadap perlawanan demi perlawanan," kata pemain berusia 26 tahun dari Terengganu itu.
Menurut beliau, sasaran beliau kali ini adalah untuk sampai ke peringkat suku akhir.
"Dalam kejohanan yang sama sebelum ini, saya pernah beraksi dalam undian utama sebanyak dua kali," katanya.
Beliau akan bertemu dengan pemain dari India, Harinder Pal Sandhu pada perlawanan kelayakan kedua esok.
Turut melangkah ke pusingan kelayakan kedua ialah Ivan Yuen dan Elvinn Keo, yang akan bersaing sesama mereka untuk merebut tempat ke pusingan pertama undian utama.
Sementara dalam kategori wanita, Zulhijjah Azan menjadi pemain tunggal negara yang berjaya melepasi pusingan kelayakan.
Beliau akan menyertai pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern dan Delia Arnold dalam pusingan pertama undian utama esok.
Pemain berusia 23 tahun itu akan bertemu pilihan ke-11, Natalie Grinham dari Belanda.
"Ini kali pertama saya berjaya melayakkan diri ke undian utama selepas mencuba sejak tiga tahun lepas.
"Pada saingan kelayakan hari ini, saya pernah bertemu dengan Liu beberapa kali dan saya kalah dengan dia," katanya, sambil menambah beliau tidak mahu merasa tertekan ketika bertemu Natalie esok.
Bernama
Wed Mar 27 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sukan Asia 2018: Malaysia capai sasaran 7 emas menerusi skuasy lelaki
Malaysia telah mencapai sasaran tujuh pingat emas pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas pasukan skuasy lelaki menewaskan pilihan utama Hong Kong 2-1 dalam final.
Nicol ketuai cabaran pemain Malaysia mara ke suku akhir
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke suku akhir acara skuasy individu.
Mohd Nafiizwan lakar sejarah kutip pingat gangsa di Gold Coast
Pemain skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan melakar sejarah tersendiri apabila menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
Nafiizwan kejutkan juara dunia mara ke separuh akhir
Pemain skuasy lelaki utama negara, Mohd Nafiizwan Adnan, menghancurkan impian bekas juara dunia tiga kali, Nick Matthew.
Nafiizwan akhiri kemarau gelaran, juarai Terbuka Manitoba
Mohd Nafiizwan yang muncul naib juara pada Terbuka Montreal baru-baru ini, melakar kejutan selepas menumpaskan pilihan utama, Campbell Grayson dari New Zealand.
Nafiizwan tarik diri sertai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia
Pemain pilihan kedua kejohanan itu terpaksa menarik diri pada saat akhir akibat cedera lutut kanan susulan insiden tersebut yang berlaku berhampiran rumahnya di Sri Petaling.
Naffizwan, Delia selangkah pertahan gelaran juara skuasy kebangsaan
Pilihan utama Mohd Nafiizwan Adnan dan Delia Arnold hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir hari in
Mohd Nafiizwan mara ke undian utama Klasik Qatar
Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke undian utama kejohanan skuasy Klasik Qatar selepas melepasi halangan terakhirnya di peringkat kelayakan di Doha, hari ini.
Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir
Satu-satunya wakil Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan tewas pada pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, di Kaherah.
Mohd Nafiizwan catat keputusan mengejut di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia
Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia selepas membuat kejutan.