awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naik taraf rumput Zeon Zoysia: MBI sudah hantar surat kepada KBS

Bernama
Bernama
24/03/2023
15:03 MYT
Naik taraf rumput Zeon Zoysia: MBI sudah hantar surat kepada KBS
KBS pada 7 Mac lepas menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar surat kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan memohon peruntukan bagi menaik taraf padang bola sepak di Stadium Perak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Beliau berkata stadium itu ketika ini menggunakan rumput jenis cow grass dan sudah berusia 26 tahun iaitu sejak 1997.
KBS pada 7 Mac lepas menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.
Sementara itu, Rumaizi berkata MBI juga akan melobi supaya perlawanan antarabangsa diadakan di Stadium Perak pada masa depan jika permohonan itu berjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Majlis Bandaraya Ipoh
#bola sepak
#Zeon Zoysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan