PETALING JAYA: Bukan 100 peratus sebaliknya 1,000 kali ganda tumpuan dan usaha akan diberikan barisan atlet para negara, yang bakal membawa cabaran Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirai pada 24 Ogos ini.
Keyakinan itu dilontarkan Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang teruja menantikan aksi berkelas dunia barisan atlet para negara pada temasya sukan berprestij itu.
Ras Adiba yang pernah mewakili Malaysia pada Sukan Para ASEAN 2015 dan Sukan Para Asia 2018 dalam acara menembak 10 meter (m) air rifle, optimis barisan atlet para negara sudah bersedia untuk menyajikan persembahan terbaik, selepas banyak masa dicurahkan dalam sesi latihan.
"Saya sebenarnya tidak sabar untuk melihat sahabat-sahabat saya bertanding di Tokyo dan saya tahu mereka akan memberikan bukan 100 peratus tetapi 1,000 kali daya dan usaha, kerana mereka sendiri telah pun berlatih berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun.
"Mereka adalah harapan kami semua, harapan rakyat Malaysia dan saya sungguh-sungguh ingin mereka mengetahui doa saya dan semua bersama mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui pada program pemberian sumbangan keperluan harian dan baucar barangan runcit kepada 106 individu OKU termasuk atlet sukan para, yang terkesan akibat COVID-19 di perkarangan pejabat Persatuan Boccia Selangor di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ras Adiba mengharapkan barisan atlet para negara dapat membawa pulang kejayaan membanggakan di Tokyo, sekali gus mampu memperbaiki pencapaian pada edisi Rio 2016.
"Mereka perlu bawa balik seberapa pingat yang boleh dan kibarkan bendera Malaysia di Tokyo, kita nak dengar laungan Negaraku di sana, InsyaAllah," kata beliau.
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadual berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept menyaksikan, seramai 22 atlet negara akan menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan melibatkan 32 acara keseluruhan.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan sasaran tiga pingat emas buat kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo, sekali gus menyamai pencapaian di Rio lima tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Ras Adiba bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan keperluan harian dan baucer kepada atlet paralimpik dan individu OKU di Petaling Jaya pada Sabtu. -Foto BERNAMA
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
MSN minta usah sensasi isu Lee Peng di media sosial
Majlis Sukan Negara (MSN) meminta pengguna media sosial agar tidak "mensensasikan" isu berhubung nasib dialami bekas atlet para negara, Koh Lee Peng.
Sukan SEA Hanoi: Muhammad Ziyad selamatkan kem olahraga
Atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi penyelamat kem olahraga negara ke Sukan SEA ke-31 hari ini, apabila berjaya menghadiahkan satu-satunya pingat dari acara trek dan padang.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Nantikan aksi kelas dunia atlet para negara di Paralimpik Tokyo - Ras Adiba
Keyakinan itu dilontarkan Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang teruja menantikan aksi berkelas dunia barisan atlet para negara pada temasya sukan berprestij itu.
Kekal fokus berlatih hadapi Sukan Paralimpik Tokyo
Barisan atlet para negara dinasihatkan supaya tidak patah semangat tetapi sebaliknya kekal fokus menjalani latihan seperti biasa untuk persiapan menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Ras Adiba cipta beberapa rekod "yang pertama" sebagai Pengerusi baharu Bernama
Pelantikannya sebagai pengerusi baharu Bernama menyaksikan Ras Adiba Radzi, 52, mencipta beberapa rekod "yang pertama".
Sukan Para Asia 2018: Olahraga sasar empat emas
Setakat ini, empat pingat emas difahamkan menjadi taruhan skuad negara di Jakarta.