awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Napoli tamatkan penantian 33 tahun muncul juara Serie A

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2023
02:50 MYT
Napoli tamatkan penantian 33 tahun muncul juara Serie A
Pemain Napoli, Andre-Frank Zambo Anguissa mengawal bola ketika perlawanan Serie A antara Udinese dan Napoli di Arena Dacia, Udine, Itali, 4 Mei 2023. (Foto AP)
NAPOLI mengesahkan kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun apabila jaringan Victor Osimhen memberikan satu mata berharga dalam keputusan seri 1-1 menentang Udinese, awal pagi Jumaat.
Setelah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan di hadapan peminat mereka sendiri Ahad lalu, Napoli hadir ke Dacia Arena dengan mengetahui satu mata sudah cukup untuk menjuarai Scudetto pertama mereka sejak era Diego Maradona.
Osimhen yang meledak gol jaringan ke-22 liga musim ini memastikan Napoli menuntut mahkota Serie A ketiga, membatalkan gol pembukaan Sandi Lovric.
Udinese tidak berjaya mendapatkan jaringan tambahan sekali gus gagal menangguh hari yang cukup bersejarah buat Napoli.
"Untuk dibandingkan dengan Maradona untuk menjulang Scudetto, saya tidak mempunyai kata-kata.
"Ini bukan gelaran saya, ia milik setiap pemain dan orang yang bekerja untuk merealisasikan impian kami," kata kapten Napoli, Giovanni Di Lorenzo.
Peminat dan penyokong Napoli meraikan kejayaan pasukan itu meraih kedudukan sebagai juara Serie A di Naples, Itali, 4 Mei 2023. (Foto AP)
Peminat dan penyokong Napoli meraikan kejayaan pasukan itu meraih kedudukan sebagai juara Serie A di Naples, Itali, 4 Mei 2023. (Foto AP)
Spalletti dan skuadnya akan menerima sambutan yang penuh emosi apabila mereka kembali ke Naples, di mana pesta seluruh bandar itu akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina Ahad ini.
"Melihat orang Neapolitan gembira sudah cukup untuk memberikan anda rasa kegembiraan yang mereka rasai.
"Mereka ini akan melihat saat ini apabila hidup semakin sukar, mereka mempunyai hak untuk meraikan seperti ini. Anda berasa lebih santai kerana mengetahui bahawa anda memberi mereka kebahagiaan ini," kata pengendali Napoli, Luciano Spalletti yang dilihat mengalirkan air mata. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Napoli
#Juara
#Serie A
#Udinese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan