awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib Kien Keat - Boon Heong diketahui 7 Sept

Bernama
Bernama
12/08/2013
23:02 MYT
Nasib Kien Keat - Boon Heong diketahui 7 Sept
Nasib beregu emas negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, yang gagal mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China akan diketahui pada 7 September depan.
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata segala keputusan berhubung kedua-dua pemain itu hanya akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi BAM dalam mesyuarat yang akan diadakan.
"Kita perlu teliti dahulu laporan jurulatih mereka dan kemudian baru diputuskan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Selasa.
Katanya pelantikan Setiausaha Kehormat BAM yang kini disandang oleh Ng Chin Chai juga akan dibuat pada tarikh tersebut.
Pada kejohanan dunia itu Kien Keat-Boon Heong sekadar mara ke suku akhir.
Keputusan itu jauh berbeza dari sasaran BAM yang mahu mereka sekurang-kurang menamatkan saingan di pentas final.
Norza turut mengakui negara masih bergantung harap kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dalam merealisasi impian gelaran juara dunia.
"Memang pahit untuk ditelan, tetapi itu realititinya. Namun Chong Wei tetap bersemangat untuk terus berjuang sehingga Sukan Olimpik 2016," katanya.
Mengulas mengenai kekalahan Chong Wei, bagi Norza, pemain nombor satu dunia itu sudah melakukan yang terbaik dan di mata peminat sukan tanah air Chong Wei adalah wira negara.
Mengenai terdapat unsur sabotaj pada perlawanan akhir itu, beliau berkata BAM perlu mendapatkan fakta kejadian sebenar daripada pengurus pasukan dan jurulatih di Guangzhou ketika itu sebelum mengemukakan surat kepada penganjur kejohanan.
Topic Berkaitan
#badminton
#Koo Kien Keat
#Tan Boon Heong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan