awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib tiga pemain ditentukan selepas SPRM selesai siasatan - Presiden MISC-MIFA

Bernama
Bernama
06/04/2017
10:12 MYT
Nasib tiga pemain ditentukan selepas SPRM selesai siasatan - Presiden MISC-MIFA
Nasib tiga pemain pasukan bola sepak MISC-MIFA akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.
Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.
Presiden MISC-MIFA Datuk T. Mohan berkata ketiga-tiga pemain berkenaan iaitu dua pemain tempatan dan seorang pemain import direman sehingga 12 April ini kerana disyaki menerima rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.
"Buat masa ini biar SPRM melakukan siasatan... sebarang keputusan (mengenai status pemain) hanya akan diputuskan selepas SPRM membuat keputusan sama ada mereka terlibat atau tidak.
"Biasanya kalau terlibat kita akan buang dan akan merujuk kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Saya tidak akan berkompromi dengan isu sebegini dan ia telah saya maklumkan kepada pasukan dan pemain awal-awal lagi," katanya dalam sidang media di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Mohan berkata SPRM menahan mereka untuk siasatan susulan laporan dibuat Misc-MIFA kepada suruhanjaya itu pada Jumaat lepas.
"Jawatankuasa Integriti bebas telah ditubuhkan sebelum ini untuk kita pantau kesemuanya. Kita telah buat laporan mereka yang terlibat ini dan apabila lengkap kesemua buktinya kita serah kepada SPRM, " katanya.
Hari ini media melaporkan tiga pemain pasukan Misc-MIFA ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.
Mereka dikatakan menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie atau dalang yang mengatur keputusan perlawanan.
Ditanya sama ada penahanan tiga pemain itu akan menjejaskan prestasi pasukan yang akan bertemu PKNP FC dalam saingan Liga Perdana esok, Mohan berkata ia tidak akan memberi kesan terhadap fokus pasukan.
"Kita kena berikan semangat dan motivasi kepada pemain lain. Saya percaya yang lakukan perbuatan begini bukan semua tapi segelintir, jadi jangan anggap ia dilakukan pasukan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menafikan isu gaji yang rendah mungkin menjadi faktor kepada perlakuan berkenaan.
"Tak ada masalah isu bayar gaji kerana pembayaran gaji dilakukan tepat pada masanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atur perlawanan
#MIFA
#MISC
#pemain bola sepak
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan