awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazmi pulang ke tanahair atas sebab peribadi

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2013
11:45 MYT
Nazmi pulang ke tanahair atas sebab peribadi
Susulan isu kepulangan bintang muda sensasi negara, Nazmi Faiz Mansor dari Portugal ke tanahair. Kelab S-C Beira Mar mengesahkan Nazmi membuat keputusan meninggalkan kelab itu atas sebab peribadi. Jurucakap SC Beira Mar, Luis Viega berkata, pada mulanya Beira Mar setuju melepaskan Nazmi untuk tempoh enam bulan. Namun kemudiannya, Nazmi meminta untuk dilepaskan secara terus dengan isu peribadi dijadikan sebagai alasan keputusannya itu. Veiga turut menyangkal dakwaan yang mengatakan kelab terbabit mengalami masalah kewangan. Tegas Veiga, SC Beira Mar tidak akan menyertai liga jika masalah itu berlaku. Nazmi, 19 tahun menamatkan kontrak di SC Beira Mar yang berpangkalan di Portugal selepas enam bulan bersama pasukan itu. Dia kemudiannya mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Kelab Liga Super Malaysia, PKNS Selangor. Dalam pada itu, Veiga memaklumkan SC Beira Mar akan terus komited membantu membangunkan bola sepak negara. Terbaru, pihaknya kini sedang berkerjasama dengan ketua jurulatih T-Team Peter Butler untuk membawa beberapa pemain ke Portugal. Pemain-pemain terbabit akan dipilih sendiri Butler yang juga bekas pengendali Kelantan dan Terengganu untuk menyertai kelab terbabit, musim depan. Pengesahan ini bermakna beberapa pemain dari Pantai Timur Tampak bakal jadi pilihan bagi mengikuti jejak Nazmi dan Fakri Saarani ke Negara Eropah itu nanti.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Luis Viega
#Nazmi Faiz Mansor
#SC Beira Mar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan