awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek saya orang Malaysia? Ibu bapa saya pun tak tahu - Ferdy Druijf

Astro Arena
Astro Arena
08/03/2025
05:00 MYT
Nenek saya orang Malaysia? Ibu bapa saya pun tak tahu - Ferdy Druijf
Druijf langsung tidak mengetahui perkara itu, bahkan kedua-dua orang tuanya juga tidak tahu mengenai perkara berkenaan. - Stadium Astro
CALON pemain naturalisasi Harimau Malaya, Ferdy Druijf, berkata sebuah akaun Instagram mengada-adakan cerita bahawa dia memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya.
Tambahnya, dia langsung tidak mengetahui perkara itu, bahkan kedua-dua orang tuanya juga tidak tahu mengenai perkara berkenaan.
"Ya, ini agak gila sebenarnya, saya kena jujur. Satu akaun di Instagram tiba-tiba muncul dengan (khabar angin memiliki darah Malaysia) itu,” kata Druijf dalam satu wawancara ESPN Netherlands seperti yang dilaporkan Makan Bola.
"Kemudian, saya tak buat apa-apa mengenainya tetapi semua orang telah menyebarkan hal itu.
"Saya benar-benar mendapat pertambahan pengikut di Instagram dan saya tahu semuanya. Ia satu sebab yang gila.
"Dan dia (akaun Instagram itu) berkata, nenek saya ada pertalian darah dengan Malaysia tetapi apa yang benar, mungkin mereka lebih mengetahuinya daripada saya.
"Ibu bapa saya pun tidak tahu banyak mengenainya. Jadi, ya, mungkin itu akan terbongkar jika saya melakukan ujian DNA atau sesuatu.
"Saya benar-benar ada ujian DNA di atas meja sekarang, jadi saya fikir, kenapa tidak? Saya akan mencubanya.
"Saya akan lihat apa (keputusan) yang akan keluar, mungkin orang lain lebih tahu daripada saya," katanya.
Een Instagram-account "verzon" dat Ferdy Druijf Maleisische roots zou hebben, maar...: "Ik heb op dit moment een DNA-test op tafel liggen."
— ESPN NL (@ESPNnl) March 7, 2025
-- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Ferdy Druijf
#pemain naturalisasi
#harimau Malaya
#pertalian darah dengan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan