awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netizen ragu jersi PQPTRW mampu kuruskan badan, putihkan kulit

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
10/02/2016
09:26 MYT
Netizen ragu jersi PQPTRW mampu kuruskan badan, putihkan kulit
Datuk Seri Vida turut mengumumkan kesemua jersi bakal dikeluarkan dalam dua versi iaitu 'versi eksklusif' dan 'versi penyokong' dan sebanyak 20,000 helai dikeluarkan untuk edisi pertama - Gambar fail
Empat jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang bakal menjadi jersi pasukan PQPTRW dikatakan mempunyai kelebihan untuk menguruskan badan dan memutihkan kulit.
Menurut BH Online, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selaku penaja utama pasukan mendakwa benang jersi berkenaan direka khas bagi kedua-dua tujuan tersebut dengan teknologi terkini kilang di tiga negara iaitu China, Thailand, dan Vietnam.
"Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak. Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.
"Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)," jelasnya.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen berkongsi keraguan mereka tentang kemampuan jersi tersebut untuk menguruskan badan.
Akaun Facebook Pseudosience Watch misalnya menerangkan konsep sains mudah seperti fungsi memerangkap peluh bagi fabrik jenis poliester nilon sememangnya normal dan tidak ada luar biasa.
Akaun itu turut menjelaskan wujudnya fabrik pakaian aktiviti lasak yang mempunyai kelebihan untuk menghalang sinaran terik matahari dengan rating SPF (Sun Protection Factor) tertentu namun tidak pernah pula mana-mana pengilang mendakwa pakaian mereka mampu memutihkan kulit.
[Edisi Baju Bola Ajaib Bewarna Pink]Terima kasih kpd sahabat yg pm kami mohon penjelasan.Bila mengaku ada PhD ni...
Posted by Pseudoscience Watch on
Terdapat juga netizen yang menyambut pengumuman Datuk Seri Vida itu dengan jenaka dan pandangan sinis.
Dato Vida kata jersi kelantan boleh kurus dan putih. So lepas ni korang takyah la nak diet ke or memerap dalam rumah. Beli je jersi dia. Hahahaha#Lawak2016
Posted by Iskandar Zulkarnaen on
Agaknya pemain import Kelantan dari Africa kesudahannya akan jadi putih apabila habis musim Piala Malaysia tahun ni. Don...
Posted by Berdansa Dengan Serigala on
Dah alang2 jersi kelantan ni boleh kuruskan badan ngan putihkan kulit, kenapa tak buat sekali dengan pakej hapuskan dosa silam.
— pakya (@hafizgusta) February 10, 2016
Mak datuk! Jersi baru Kelantan boleh kuruskan badan dan putihkan kulit! Berbelang la Daudsu nanti.
— Dr Caki (@farwalis) February 10, 2016
Doktor Vida cipta jersi boleh turunkan berat badan untuk Kelantan. Inilah jersi 8 bintang yang Nike tak boleh buat. Bincangkan
— UltraJang (@UltraJangMag) February 10, 2016
Kalau pemain bola Kelantan perlukan jersi utk kuruskan badan, maknanya daripada awal korang tak betul dah bab 'bersukan' ni. Baik main golf.
— syazwan (@syazwannrahimy) February 10, 2016
Bagaimanapun, ada juga netizen yang tertarik dengan ciri unik jersi tersebut dan meluahkan keinginan untuk membeli.
Nak kena beli ni satu ni.... Nak kurus Dan putih gitu... Muahhh.... Nieq Aizuddine ngan Nik Zirwatul x mau beli ke?
Posted by Nick Amiera on
Harap jersi kelantan cantik , kalau cantik boleh beli . Hmm
— Syazwani (@qyuirsyaz_) February 10, 2016
Topic Berkaitan
#Jersi baharu PQPTRW
#jersi baru Kelantan
#jersi Datuk Seri Vida
#jersi Kelantan kuruskan badan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan