SELANGOR yang sudah sah menandatangani pemain tengah Finland-Malaysia Nooa Laine dengan perjanjian pinjaman selama semusim untuk musim baharu Liga-M tampil menjadi perhatin di laman sosial X, @Copa90 apabila video yang telah dimuat naik oleh mereka dari Facebook Selangor FC mendapat jumlah tontonan sebanyak 207.1 ribu jumlah tontonan dan mengundang pelbagai reaksi.

Untuk makluman, pemain berusia 22 tahun itu, juga merupakan ahli pasukan Bawah 23 tahun negara, telah merekod 64 penampilan dan menjaringkan empat gol dalam tempoh tiga musim untuk SJK Seinajoki, kelab Divisyen Satu di Finland.


Nooa juga mempunyai satu kap senior bersama Harimau Malaya, yang dicapainya ketika menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023.


Nooa, yang menarik perhatian beberapa pasukan Liga Malaysia, berkata dia memilih Red Giants kerana arahan dan permintaan dari kelab itu.

“Selangor sudah lama menghubungi saya untuk menjelaskan peranan dan kepentingan khidmat saya kepada pasukan. Saya juga mendengar perkara positif mengenai kelab daripada rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Malaysia,"

"Saya gembira menjadi sebahagian daripada kelab. Saya mahu mencapai kejayaan bersama Selangor," kata Nooa dalam satu kenyataan. - Stadium Astro