awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Newcastle vs Man United: Keputusan kini di tangan Sesko

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
05/08/2025
02:20 MYT
Newcastle vs Man United: Keputusan kini di tangan Sesko
Šeško mencuri perhatian musim lalu menerusi prestasi cemerlang dalam Bundesliga. - Foto REUTERS
NEWCASTLE United telah mengambil langkah konkrit dalam usaha mendapatkan penyerang muda sensasi, Benjamin Šeško, apabila menghantar tawaran rasmi kepada RB Leipzig bernilai €90 juta (RM441 juta).

Ringkasan AI
  • Tawaran termasuk bayaran asas 80 juta euro dan tambahan 10 juta euro bergantung kepada prestasi pemain.
  • The Red Devils dijangka menjadi pencabar utama dalam perebutan penyerang muda Slovenia itu.
  • RB Leipzig masih menilai tawaran, sementara pemain belum buat keputusan menjelang penutupan jendela perpindahan.

Pakej tawaran dari The Magpies melibatkan bayaran asas sebanyak €80 juta, disertai tambahan €10 juta bergantung kepada prestasi.
RB Leipzig kini dalam proses menilai tawaran tersebut, namun setakat ini, masih tiada keputusan rasmi dibuat oleh pemain itu sendiri.
Dalam perkembangan terkini, Manchester United turut memaklumkan kepada Leipzig bahawa mereka sedia menghantar tawaran rasmi sekiranya Šeško memilih untuk menyertai projek di Old Trafford.
The Red Devils dijangka menjadi pesaing utama Newcastle dalam mendapatkan tandatangan penyerang antarabangsa Slovenia itu.
Šeško, 22, mencuri perhatian musim lalu menerusi prestasi cemerlang dalam Bundesliga.
Beliau bukan sahaja menyumbang gol-gol penting buat Leipzig, malah mempamerkan kematangan luar biasa di usianya yang muda. Tidak hairanlah namanya kini menjadi buruan beberapa kelab elit Eropah.
Dengan tawaran besar sudah berada di atas meja, keputusan kini terletak sepenuhnya di tangan Šeško sama ada menyertai projek jangka panjang bersama Newcastle, atau menanti tindakan balas dari Manchester United.
Segala perkembangan dijangka akan terjawab dalam masa terdekat, tatkala jendela perpindahan semakin menghampiri penamatnya.
Topic Berkaitan
#Benjamin Sesko
#Manchester United
#Newcastle United
#RB Leipzig
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan