awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol David juarai terbuka Macau

Bernama
Bernama
26/10/2014
14:47 MYT
Nicol David juarai terbuka Macau
Nicol menewaskan pemain nombor tiga dunia, Raneem El-Weleily. - Gambar Fail
Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David, mempamerkan aksi mengagumkan sebelum meraih gelaran juara Terbuka Macau buat julung kalinya.
Dalam perlawanan akhir di Macau Squash Sports Complex pada Ahad, Nicol yang juga pilihan utama, menampilkan aksi bertaraf dunia sebelum menewaskan pemain nombor tiga dunia, Raneem El-Weleily dari Mesir, dengan catatan 11-8,11-2 dan 11-8.
"Sangat gembira menang gelaran ‪#‎MacauOpen buat julung kali‬ selepas tewaskan Raneem 3-0. Terima kasih kepada Macau Squash dan semua pihak yang menjadikan kejohanan ini sebagai acara utama bagi skuasy wanita," kata Nicol dalam laman Facebook beliau.
Dalam kategori akhir lelaki, Tarek Momen dari Mesir terpaksa bertungkus lumus sebelum dapat mengalahkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Omar Mosaad.
Tarek menang dengan catatan 6-11, 11-5, 11-7, 4-11 dan 12-10 ke atas Omar, yang juga pilihan kedua.
Topic Berkaitan
#Juara
#Malaysia
#Mesir
#Nicol David
#Raneem El-Weleily
#Skuasy
#Terbuka Macau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan