awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol disekat untuk gelaran keenam Terbuka British

Bernama
Bernama
17/05/2015
00:00 MYT
Nicol disekat untuk gelaran keenam Terbuka British
Nicol kalah 3-2 kepada Laura Massaro dalam saingan sengit selama 77 minit.
Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David tidak berjaya dalam misi memburu gelaran keenam Terbuka British 2015 apabila gagal mara ke final di Arena Airco, Hull, England, Sabtu.
Dalam perlawanan separuh akhir, ratu skuasy negara itu kalah 3-2 kepada pemain tuan rumah, yang juga pilihan ketiga kejohanan, Laura Massaro dalam saingan sengit selama 77 minit.
Nicol, selaku pilihan utama, memulakan saingan dengan langkah kanan apabila memenangi dua set pertama 11-4 dan 11-9.
Bagaimanapun, pemain berpengalaman dari England itu mula mendapatkan rentak dan bangkit semula untuk memenangi tiga set berikutnya dengan 11-9, 12-10 dan 11-8.
Sebelum ini, seorang lagi wakil negara, Delia Arnold, turut mengalami nasib sama apabila tumpas 11-3, 11-7 dan 11-6 kepada pemain Perancis, Camille Serme dalam satu lagi pertarungan separuh akhir.
Sebagai rekod, Nicol menjuarai Terbuka British sebanyak lima kali iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.
Topic Berkaitan
#British Open
#Laura Massaro
#Nicol David
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan