KUALA LUMPUR:Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David hampir meraih gelaran Anugerah Altet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dengan kedudukan selesa dalam undian yang dijalankan secara dalam talian.
Meskipun merupakan wakil tunggal dari rantau Asia, juara dunia skuasy lapan kali itu memperoleh sebanyak 240,296 undi setakat pukul 2 petang tadi, sekali gus mendahului saingan dengan kelebihan lebih 100,000 undi.
Pencabar terdekatnya, James Kehoe dari Ireland yang mewakili sukan tarik tali dengan 97,140 undi, diikuti oleh Marcel Hassemeier dari Jerman (penyelamat nyawa) dengan 78,686 undi dan atlet angkat besi wanita, Larysa Soloviova dari Ukraine dengan 68,220 undi.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu adalah antara 23 calon yang mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu. Percalonan mereka dilakukan oleh persekutuan sukan antarabangsa masing-masing.
Atlet berusia 37 tahun kelahiran Pulau Pinang yang telah berada pada kedudukan nombor satu dunia selama sembilan tahun itu, adalah antara 23 calon atlet terbaik mewakili pelbagai sukan - dalam sejarah 40 tahun temasya Sukan Dunia.
Undian boleh dibuat menerusi https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of-All-Time-81 yang akan ditutup pada Isnin (1 Feb) pukul 2 petang Waktu Eropah Tengah (CET) atau pada pukul 9 malam, waktu Malaysia.
"Anda boleh mengundi calon di laman The World Games setiap 24 jam sekali. Undian perlu diberikan kepada dua calon setiap kali anda mengundi: dua undi untuk calon pilihan pertama dan satu undi untuk calon pilihan kedua.
''Sekiranya anda memberikan undi kepada satu calon sahaja, undi anda tidak akan didaftarkan,'' menurut The World Games.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
Atlet berusia 37 tahun kelahiran Pulau Pinang yang telah berada pada kedudukan nombor satu dunia selama sembilan tahun itu, adalah antara 23 calon atlet terbaik mewakili pelbagai sukan. - Gambar fail/BERNAMA
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Merdeka Award Trust 2023 terus mengangkat budaya cemerlang
MAT ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada individu serta organisasi cemerlang yang menyumbang kepada pertumbuhan negara melalui hasil kerja dan pencapaian mereka yang luar biasa.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Nicol terima anugerah Reader's Digest 2023
Beliau bangga diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.
Lakaran sejarah aktres Michelle Yeoh harap jadi inspirasi atlet negara - Nicol
Datuk Nicol David berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.
Tunku Imran yakin Little Legends mampu lahirkan bintang skuasy masa depan
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes.
'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali bergiat aktif sebagai pemain walaupun sebelum ini ia sebati dalam dirinya selama 20 tahun.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.
Jangan beri tekanan kepada Aifa Azman ganti Nicol David - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.