awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol jumpa Laura Massaro pada separuh akhir

Bernama
Bernama
30/03/2013
09:01 MYT
Nicol jumpa Laura Massaro pada separuh akhir
Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David semakin menghampiri gelaran kesembilan Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013 setelah layak ke separuh akhir.
Pada saingan suku akhir di Berjaya Times Square di sini, Jumaat malam, Nicol hanya mengambil masa 43 minit untuk menyingkirkan dengan mudah Jenny Duncaf dari England dengan keputusan 11-8, 11-7 dan 11-2.
"Perlawanan ini nampak mudah tetapi lama. Saya hanya mendapat semula rentak mulai dari pertengahan set kedua," kata Nicol yang akan menentang pemain England, Laura Massaro pada separuh akhir Sabtu.
Massaro melangkah ke separuh akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Madeline Perry, 11-2, 9-11, 11-4 dan 11-5 dalam masa 53 minit.
Pada perlawanan suku akhir lain, Joelle King dari England menghadapi laluan getir sebelum mara ke separuh akhir dengan mengalahkan pemain Belanda Natalie Grinham.
King terpaksa berhempas pulas selama 63 minit untuk melakarkan kemenangan 11-9, 11-4, 8-11, 8-11 dan 12-10.
Beliau akan menentang rakan senegara Alison Waters pada separuh akhir. Sebelum itu, Waters mengalahkan pemain Mesir, Nour El Sherbini dengan keputusan 9-11, 12-10, 11-6, 10-12, 11-5 dalam saingan selama 51 minit.
Topic Berkaitan
#CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013
#Datuk Nicol David
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan