Harapan pemain Nigeria menjulang trofi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON 2013) menjadi kenyataan selepas menewaskan Burkina Faso 1-0 pada perlawanan akhir di Nelson Mandela Bay

Kejayaan menjulang Piala Kejuaraan Afcon memberi makna tersendiri buat ketua jurulatih Nigeria, Stephen Keshi dimana kali terakhir negara itu menjulang Piala Afcon adalah pada 1994.

Menurut Keshi, kejayaan yang di raih pasukannya itu adalah kemenangan atas usaha keras semua pihak.

“Saya berharap masyarakat akan terus mendoakan kejayaan pasukan bola sepak Nigeria dan semoga pengendali yang bakal mengambil alih tempatnya bakal mengharumkan nama negara,” kata Keshi

Kegembiraan itu turut dikongsi pemain pertahanan Nigeria, Josepth Yobo.

“Ianya bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan buat saya setelah 12 tahun berkhidmat untuk pasukan kebangsaan. inilah saat yang saya paling nantikan,” kata Yobo.

Nigeria menamatkan penantian selama 19 tahun apabila muncul juara dengan menewaskan Burkina Faso di pentas final.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan ketua pasukan, MBA sudah cukup untuk memastikan gelaran juara menjadi milik mereka.

Sementra itu, ketua jurulatih Burkina Faso, Paul Put memuji semangat juang yang dipamer anak buahnya meskipun tewas.

Beraksi sebagai pasukan bukan pilihan, put menegaskan skuadnya adalah bagus namun tuah tidak memihak mereka.

Untuk rekod ini adalah kali kedua pasukan yang berada di ranking ke-92 dunia itu mara ke perlawanan final.