KUALA LUMPUR: Setelah lebih setahun, atlet terjun negara akhirnya berpeluang menguji kemampuan diri pada kejohanan antarabangsa yang pertama apabila mereka memulakan cabaran pada kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Pusat Akuatik Tokyo di Jepun pada Sabtu.
Bagaimanapun tuah tidak menyebelahi Wendy Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3 meter (m) seirama wanita apabila menamatkan pusingan awal di tempat ke-15 dengan 217.95 mata, sekali gus gagal ke final.
Pasangan China Chen Yiwen-Chang Yani meraih pingat emas selepas mengumpul 317.16 mata, sementara Jinnifer Abel-Melissa Citrini Beaulieu dari Kanada memenangi pingat perak (294.48 mata) dan pingat gangsa menjadi milik Kristina Ilinykh-Mariia Poliakova dari Rusia yang mengutip 273.33 mata.
"Kami sangka kami sudah cukup bersedia untuk kejohanan ini, (kami) berlatih dengan baik, malah prestasi kami juga bagus semasa memanaskan badan namun berlaku sesuatu semasa kejohanan dan mengganggu tumpuan mereka.
"Malangnya perkara sebegini sering berlaku dalam sukan, ada masa anda catat prestasi yang bagus dan adakala tidak, dan malangnya itulah yang berlaku pada penerjun wanita kita hari ini. Saya akan berbincang dengan Bitah (Nur Dhabitah) dan Wendy untuk mengetahui di mana silapnya," kata ketua jurulatih Christian Brooker.
Di sebalik nasib malang dalam acara wanita, pasangan lelaki negara Jellson Jabilin-Hanis Nazirul Jaya Surya yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan 12 pasangan terbaik untuk acara final 10 m seirama, mempamerkan prestasi cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat ke-9 selepas mengumpul 359.82 mata.
Pingat emas menjadi milik Thomas Daley-Matthew Lee dari Britain selepas mengutip 453.60 mata, iaitu 47.91 mata memisahkan mereka dengan pemenang pingat perak Randal Willars Valdez-Ivan Garcia Navarro dari Mexico, sementara pasangan Kanada, Vincent Riendeau-Nathan Zsombor-Murray meraih pingat gangsa dengan 393.81 mata.
"Atlet kita mempamerkan prestasi hebat dalam pusingan awal dan berjaya ke final, dan semasa final pun mereka tunjukkan prestasi yang jauh lebih baik, inilah yang kita mahu lihat dalam kalangan atlet kita, kita mahu mereka menyahut cabaran apabila tekanan semakin bertambah," kata Brooker.
Piala Dunia Terjun FINA 2021 yang berlangsung dari 1 hingga 6 Mei merupakan kejohanan kelayakan bagi acara terjun di Olimpik Tokyo 2020.
Untuk rekod, empat atlet terjun negara sudahpun layak ke Tokyo 2020, iaitu Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah dan Wendy Ng sementara Cheong Jun Hoong, Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang masih memburu harapan menempah slot ke temasya itu menerusi kejohanan Piala Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Wendy Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri menamatkan pusingan awal di tempat ke-15 dengan 217.95 mata, sekali gus gagal ke final. - BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Meskipun keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkannya, tetapi Dhabitah berkata dia itu tidak pernah menyesal.
Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.
Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w
'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.
Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.
Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir.
Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar
Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'
Nur Dhabitah Sabri mempersiapkan mentalnya bagi menghadapi pusingan separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini (4 petang waktu Malaysia).
Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024
Cabaran Kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Olimpik Paris 2024 kembali hangat dengan atlet negara beraksi dalam empat jenis sukan.