KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022, tahun lepas menjadi pemangkin semangat buat Muhammad Nur Syaiful Zulkafli untuk beraksi lebih cemerlang pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Atlet renang para negara itu berkata beliau akan membuat persiapan berintensiti tinggi bermula bulan ini sebagai persediaan mengharungi temasya sukan berprestij berkenaan yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept depan.
Muhammad Nur Syaiful berkata beliau juga dijadual menyertai kem latihan di China selama dua bulan pada Jun sebelum menggalas cabaran Malaysia di Paris.
"Segala persiapan bermula dari sekarang iaitu bulan ini, jadi dari awal tahun sampai detik ke Sukan Paralimpik Paris 2024 adalah tumpuan utama saya untuk kekal fokus bagi aksi seterusnya. (Ketika ini) saya ada 11 sesi latihan seminggu pada pagi dan petang," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada masa sama, atlet kelahiran Sarawak berusia 29 tahun itu juga akan menyertai dua kejohanan sebagai aksi pemanas badan serta melihat tahap kemajuan prestasinya.
"Saya akan sertai kejohanan Siri Dunia Renang Para Citi di Itali pada Mac depan, selain berangkat ke Portugal bagi The Madeira 2024 Para Swimming European Open Championships pada April," katanya.
Dalam pada itu, meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat di Paris, Muhammad Nur Syaiful berazam melakukan terbaik agar dapat mencapai keputusan yang membanggakan.
"Saya akan cuba yang terbaik... pingat itu tidak pasti tetapi insya-Allah jika ada rezeki saya di sana," katanya yang menduduki tempat kelima pada final acara 50 meter (m) gaya bebas S5 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Pada Sukan Para Asia Hangzhou yang berlangsung Oktober lepas, Muhammad Nur Syaiful memenangi pngat emas 100m kuak dada SB4 dan membawa pulang gangsa acara 100m gaya bebas S5.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Muhammad Nur Syaiful ketika memenangi pingat emas pertama negara dalam acara 100 Meter Kuak Dada Lelaki SB4 pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Hangzhou, 23 Okt 2023. - Foto fail/BERNAMA
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum masa tuai pingat dua angka di Paris - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia berpendapat, kontinjen negara belum bersedia untuk menuai keseluruhan pingat mencecah dua angka pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula Ogos ini.
Nur Syaiful tekad beri tumpuan penuh hadapi Sukan Paralimpik Paris 2024
Atlet renang para negara itu berkata beliau akan membuat persiapan berintensiti tinggi bermula bulan ini.
Ammar perlu rakan sepelatih, tak kisah jika berlatih dengan Umar
Atlet kelahiran Johor berusia 21 tahun itu berkata peluang berlatih bersama Umar semestinya dapat memperbaiki catatan masanya.
Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.
Jurulatih berbasikal para bimbang jumlah kejohanan kelayakan kurang
Sallehuddin berkata, setakat ini, dua slot telah diperolehi berdasarkan ranking Asia pada tahun lepas.
4 perenang negara tempah tiket ke Paralimpik Paris 2024
Empat perenang para negara berjaya menempah tiket awal ke Sukan Paralimpik Paris 2024, yang dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept tahun depan.
Pemain badminton para Ukraine tekad buru emas di Paris 2024
Walaupun dilanda perang namun ia tidak menghalang pemain badminton para Ukraine Oksana Kozyna untuk terus bekerja keras demi impiannya di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris
Keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.