KUALA LUMPUR: Bukan sahaja gembira diturunkan, malah penjaga gol skuad bola sepak wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan berbangga kerana gawangnya tidak 'bocor' pada penampilan sulung bersama kelab Liga Wanita Karnataka, Misaka United FC di India, pada Ahad.
Nurul Azurin menyifatkan pencapaian dilakar pada perlawanan menyaksikan pasukannya membenam cabaran Bengaluru Braves 4-0 sebagai langkah kanan terhadap permulaan karier bola sepaknya di India.
"Hari ini hari keenam (berada di India), perlawanan semalam kami menang 4-0, clean sheet bagi penampilan pertama (bermain bagi kelab India)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pemain berusia 21 tahun yang mempunyai kontrak hingga 31 Jan tahun depan seterusnya berazam mahu meneruskan rentak cemerlangnya yang dijangka turun buat kali kedua menentang Kickstart FC Khamis ini.
Sementara itu, Nurul Azurin menjelaskan penghijrahannya ke India bermula selepas melihat hantaran di laman Twitter yang ketika itu sedang mencari pemain antarabangsa sebelum beliau cuba menghantar resume ke kelab Misaka United FC.
Beliau berkata kelab berkenaan kemudiannya bersetuju untuk melamarnya selepas terpikat dengan prestasi ditampilkan ketika mewakili negara di Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin, September lepas.
Ditanya mengenai perbezaan bermain di Malaysia, Pemain Wanita Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2015 dan 2018 itu berkata corak latihan tidak jauh beza dengan situasi di sini kecuali faktor cuaca yang sejuk hingga mencecah paras 14 darjah celcius pada satu-satu masa.
Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan penghargaan buat barisan penaja yang menghulurkan bantuan penghijrahannya ke India.
Bantuan itu antaranya daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Persatuan Pemain BolaSepak Wanita Malaysia dan bekas pemain kebangsaan Hairuddin Omar yang memberi bantuan pek makanan sepanjang keberadaannya di India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Nurul Azurin berkata, penghijrahannya ke India bermula selepas melihat hantaran di laman Twitter yang ketika itu sedang mencari pemain antarabangsa. - Foto Facebook PFA Malaysia
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Nurul Azurin harap kontrak baharu bersama Misaka United FC disambung
Penjaga gol terbaik pada saingan Karnataka Women's League musim 2021/2022 itu masih menanti perkhabaran daripada Misaka United FC.
Nurul Azurin bangga aksi pertama tanpa bolos
Nurul Azurin menyifatkan pencapaian dilakar sebagai langkah kanan terhadap permulaan karier bola sepaknya di India.