awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Azurin terbang ke Albania

Bernama
Bernama
16/01/2025
20:50 MYT
Nurul Azurin terbang ke Albania
Nurul Azurin (dua, kiri) berlepas ke luar negara pada Rabu malam, diiringi beberapa ahli keluarga dan rakan yang hadir memberi sokongan moral. - Facebook PFA Malaysia
KUALA LUMPUR: Penjaga gol bola sepak utama wanita kebangsaan Nurul Azurin Mazlan yang mengorak langkah lebih jauh mengembangkan karier di pentas antarabangsa dengan menyertai pasukan bersaing di Liga Albania, FKK Vllaznia telah berlepas ke luar negara pada Rabu malam.
Perkembangan itu dikongsikan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi hantaran di Facebook rasminya, yang telah menemui bekas pemain kelab Sabah FA itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Tirana, Albania.
Persatuan diwakili Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail selain beberapa ahli keluarga dan rakan yang hadir memberi sokongan moral buatnya, sebelum menuju ke pintu pelepasan.
Sebelum ini, atlet berusia 24 tahun itu telah membantu Sabah FA menjadi naib juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 dan mara ke Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL).
Beliau juga berpengalaman bermain di luar negara seperti Misaka United FC yang berpangkalan di India dan bersama ShF Presingu di Kosovo.
Pencapaian tersebut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sekali gus membuktikan kemampuan pemain bola sepak wanita negara bersaing di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nurul Azurin Mazlan
#FKK Vllaznia
#Albania
#penjaga gol bola sepak utama wanita kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan