awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OCA, MOM sokong keputusan IOC, kerajaan Jepun tangguh Sukan Olimpik 2020

Bernama
Bernama
24/03/2020
22:52 MYT
OCA, MOM sokong keputusan IOC, kerajaan Jepun tangguh Sukan Olimpik 2020
Temasya Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melahirkan sokongan penuh keputusan kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun depan, ekoran penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Ketua Pengarah OCA Husain Al Musallam dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi berkata mereka menghargai langkah itu, sambil menambah kesihatan dan kesejahteraan para atlet dan semua pihak berkepentingan dalam Sukan Olimpik mesti menjadi keutamaan.
Oleh itu, Husain berkata ia adalah masa yang sesuai bagi pergerakan sukan Olimpik di seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan serta bekerja sebagai satu pasukan dalam persiapan untuk masa depan yang lebih cerah.
"Pada masa ini, kami ingin menzahirkan simpati yang mendalam kepada Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 untuk semua kerja, perancangan dan persediaan yang telah mereka lakukan selama beberapa tahun - hanya disebabkan pandemik yang tidak dijangka ini yang telah mengubah sejarah perjalanan Olimpik," katanya.
"Kami tahu Jepun akan pulih daripada rintangan ini dan akan menjadi penganjur yang lebih baik untuk menandakan kemunculan manusia selepas berjaya memerangi virus ini. Kami juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para atlet Asia untuk segala usaha mereka bagi kelayakan atau cubaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik," katanya.
BACA: COVID-19: Sukan Olimpik dan Paralimpik ditangguh setahun
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria turut menyokong penangguhan itu sambil berkata ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan antarabangsa dan tempatan yang relevan, untuk memastikan kepentingan atlet Malaysia sentiasa dilindungi.
"Kami gembira keputusan ini diambil sekarang dan bukannya kemudian. Kebimbangan utama kami adalah keselamatan dan kesejahteraan para atlet dan kami berempati dengan para atlet yang layak ke Tokyo 2020.
"Apa yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu keutamaan kami sebagai komuniti sukan adalah untuk menyokong Kerajaan kita dalam usahanya untuk menghapuskan ancaman COVID-19," kata Mohamad Norza dalam kenyataan yang dikeluarkan MOM pada Selasa.
Beliau juga mendedahkan bahawa MOM akan mengadakan rundingan dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Persatuan Sukan Kebangsaan pada masa akan datang mengenai mengenai implikasinya terhadap atlet kebangsaan berikutan penangguhan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Husain Al Musallam
#Jepun
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Mohamad Norza Zakaria
#Olimpik
#Reezal Merican Naina Merican
#sukan
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan