SPORTS
Olahraga Para Dunia: Latif Romly sumbang emas ketiga negara

Latif Romly menamatkan saingan di kedudukan pertama, menggondol pingat emas, di hadapan Espinoza Chala dari Ecuador dan Asprilla Obondo dari Colombia. - Foto Astro ARENA
ATLET para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly, menambah koleksi pingat kontinjen olahraga para di hari terakhir dalam final lelaki lompat jauh kategori T20 di saingan Olahraga Para Dunia Kobe 2024, di Jepun.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo itu menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan 7.30m untuk menggondol pingat emas di hadapan pencabar, Espinoza Chala dari Ecuador dan Asprilla Obondo dari Colombia.
Secara keseluruhan, kontinjen Malaysia berjaya memungut tiga pingat emas selepas atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dan pelari, Muhammad Nazmi Nasri turut menyumbang pencapaian terbesar itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami