awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Atlet China bermula cemerlang

Bernama
Bernama
28/07/2024
02:15 MYT
Olimpik Paris 2024: Atlet China bermula cemerlang
Sheng Lihao dan Huang Yuting memenangi emas pertama menerusi kemenangan 16-12 ke atas Korea Selatan dalam acara akhir 10m air rifle berpasukan campuran. - Foto REUTERS
PARIS: Atlet Olimpik China telah membuat permulaan yang baik dan memenuhi jangkaan pada temasya Olimpik kali ini apabila meraih dua pingat emas dan satu gangsa pada hari pembukaan Paris 2024, kata setiausaha agung delegasi Olimpik China, Zhang Xin.
Penembak China, Sheng Lihao dan Huang Yuting memenangi emas pertama Paris 2024 untuk negara itu menerusi kemenangan 16-12 ke atas Korea Selatan dalam acara akhir 10m air rifle berpasukan campuran, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Kedua-dua remaja itu menunjukkan kekuatan daya saing yang hebat dan kekuatan mental yang luar biasa, yang membantu mereka membawa pulang pingat emas kepada China. Apabila lawan mereka terus mengurangkan jurang, mereka berjaya menghalang pihak lawan daripada mengubah kedudukan. Mereka layak dipuji," kata Zhang.
Membincangkan kemenangan penerjun Chang Yani dan Chen Yiwen dalam acara akhir 3m papan anjal seirama wanita, Zhang berkata Chang dan Chen menunjukkan kekuatan pasukan terjun China.
"Dalam acara renang, kami tahu bahawa perenang Australia dan Amerika lebih kompetitif dalam acara 4x100m gaya bebas wanita berbanding kami. Bagaimanapun, kami berjaya memenangi podium dan memecahkan rekod Asia. Ia adalah pingat gangsa yang berharga untuk delegasi kami," tambah Zhang.
Zhang turut memuji ramai atlet China, termasuk pasukan renang lelaki yang menduduki tempat keempat dalam acara 4x100m gaya bebas, serta Tang Xin yang menduduki tempat ke-32 dalam ujian individu wanita dalam acara berbasikal lebuh raya, pasukan pingpong, pasukan badminton dan pasukan gimnastik artistik lelaki.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Sheng Lihao dan Huang Yuting
#pingat emas
#rekod Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan