awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Bintang judo Jepun, Abe menangis teresak-esak selepas tewas

Bernama
Bernama
28/07/2024
22:45 MYT
Olimpik Paris 2024: Bintang judo Jepun, Abe menangis teresak-esak selepas tewas
Uta Abe menangis teresak-esak selepas mengalami kekalahan pertama dalam tempoh lima tahun di acara rasmi, tewas secara mengejut dalam pusingan 16 kepada Diyora Keldiyorova dari Uzbekistan. - Gambar REUTERS
PARIS: Bintang Judo Jepun, Uta Abe menangis teresak-esak selepas mengalami kekalahan pertama dalam tempoh lima tahun di acara rasmi, tewas secara mengejut dalam pusingan 16 kepada Diyora Keldiyorova dari Uzbekistan melalui ippon di Sukan Olimpik Paris pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Keldiyorova menamatkan pertandingan dengan baki masa lebih tiga minit dalam acara 52 kilogram, meninggalkan juara dunia empat kali dan Juara Olimpik 2021 itu dalam kesedihan.
Abe terjatuh ke dalam pelukan jurulatihnya dan menangis selama beberapa minit, hampir tidak mampu berdiri di arena Champ-de-Mars.
Beliau tidak pernah kalah dalam pertandingan rasmi sejak 2019 dan dianggap sebagai calon utama untuk pingat emas di Paris.
Tiga tahun lepas, dia dan abangnya, Hifumi Abe dalam kelas 66kg, kedua-duanya memenangi emas di Sukan Olimpik Tokyo dalam masa setengah jam. - BERNAMA-dpa
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#bintang judo Jepun
#Uta Abe
#menangis teresak-esak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan