awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Hanya beza 1kg untuk Mohamad Aniq genggam gangsa

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2024
15:46 MYT
Olimpik Paris 2024: Hanya beza 1kg untuk Mohamad Aniq genggam gangsa
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaannya dengan angkatan 296kg bagi kategori 61kg - Reuters
KUALA LUMPUR: Hanya satu kilogram membezakan atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan untuk berpeluang menggenggam pingat gangsa, namun beliau terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat.
Dalam acara kategori 61 kilogram (kg) yang berlangsung pada Rabu, atlet muda baru berusia 22 tahun itu berjaya membuat angkatan 297kg, sekali gus berada di belakang atlet Amerika Syarikat, Hampton Morris dengan angkatan 298kg.
Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaannya dengan angkatan 296kg bagi kategori 61kg.
Aniq menamatkan pusingan snatch dengan angkatan 130kg untuk berada di tangga keempat dan 167kg dalam clean and jerk.
Pingat emas dimenangi oleh atlet dari China, Li Fabin dengan angkatan 310kg, manakala perak dimenangi oleh atlet dari Thailand, Theerapong Silachai (303kg).
Sementara itu Aniq dalam temu bual bersama Astro Arena selepas selesai aksi tersebut mengakui perasaanya sedikit kurang baik tetapi telah melakukan sehabis upaya untuk menyumbang pingat kepada negara.
"Perasaan saya kurang baik sebab kalah beza satu kilogram tetapi bangga kerana dapat buat terbaik hari ini.
"Alhamdulillah ini keputusan akan buat saya lebih kuat pada masa akan datang," katanya.
Sebelum ini atlet kelahiran Segamat itu menghadiahkan gangsa kepada Malaysia dalam Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#mohamad aniq kasdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan