awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2024
13:28 MYT
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara
Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksu akur menamatkan saingan di kedudukan ketiga - Foto/FB Flash Sukan
KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tidak berhasil menempah slot ke suku akhir acara keirin selepas menduduki tempat ketiga dalam saringan pertama pusingan repechage di Saint Quentin en Yvelines, Paris sebentar tadi.
Dalam saingan tersebut, Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan aksi di kedudukan ketiga.
Hanya dua pelumba terpantas daripada pusingan tersebut layak ke suku akhir iaitu pelumba dari Kanada, Kelsey Mitchell dan Katy Marchant dari Great Britain.
Sebelum itu, Nurul Izzah mengakhiri saingan awal keirin di tempat keempat dan tidak layak secara automatik ke suku akhir.
Dalam pusingan pertama saringan kelima, Nurul Izzah terpaksa bersaing dengan jaguh dunia lain seperti wakil dari Britain Emma Finucane dan Lea Friedrich (Jerman).
Nurul Izzah yang membuat penampilan sulung di Olimpik memulakan kempennya dalam acara keirin wanita, manakala kategori pecut individu wanita akan bermula Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Datuk Azizulhasni Awang pula mara ke pusingan kedua acara pecut lelaki apabila mengatasi wakil Jerman, Luca Spiegel di pusingan pertama.
The Pocket Rocketman itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi saringan ke-10 dengan catatan 9.885 saat (s), sekali gus melayakkan jaguh berbasikal trek negara itu untuk bersaing pada pusingan 1/16 yang dijadual 11.30 malam ini.
Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sharom terpaksa bersaing dalam pusingan repechage apabila tewas kepada Mikhail Iakovlev pada pusingan pertama.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Izzati Mohd Asri
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Acara keirin Paris 2024
#olimpik paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan