awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Pusat media ditutup sementara kerana 'risiko letupan'

Bernama
Bernama
28/07/2024
02:40 MYT
Olimpik Paris 2024: Pusat media ditutup sementara kerana 'risiko letupan'
Polis kemudiannya membuka semula kawasan itu kepada pejalan kaki dan akses ke dan dari pusat media kembali normal. - Foto X/Anadolu English
PARIS: Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media pada Sabtu yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris kerana "risiko letupan".
Wartawan dan orang awam telah dipindahkan dan punca risiko tidak didedahkan, lapor Agensi Anadolu.
Polis kemudiannya membuka semula kawasan itu kepada pejalan kaki dan akses ke dan dari pusat media kembali normal.
Perancis meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan sabotaj baharu pada laluan kereta api.
Menteri Pengangkutan Perancis Patrice Vergriete memberitahu saluran LCI bahawa selepas serangan khianat menggunakan api pada Jumaat beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik, keselamatan dan pengawasan rangkaian kereta api telah ditingkatkan.
Vergriete menyatakan bahawa lebih 1,000 pekerja dan 250 pegawai keselamatan telah dikerahkan untuk memantau rangkaian kereta api, dan helikopter gendarmerie serta 50 dron telah digerakkan.
Menurut beliau, pegawai menjangkakan gangguan kepada perkhidmatan kereta api pada Ahad dan operasi dijangka kembali normal bermula Sabtu.
Beliau berkata siasatan terhadap serangan itu sedang dijalankan dan pelaku masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#pusat media
#risiko letupan
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan