TOKYO: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan rentak kemenangan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tumpas kepada pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam aksi kedua Kumpulan D, hari ini.
Walaupun menampilkan semangat juang tinggi terutama pada set kedua, pasangan muda negara yang berada di ranking kesembilan dunia itu gagal menyaingi kehebatan juara dunia tiga kali dari Indonesia dalam aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza
Gandingan Malaysia itu tumpas 16-21 di set pertama, dan bangkit pada set kedua apabila mendahului 11-6 pada satu ketika sebelum terpaksa akur di tangan pasangan Indonesia itu 19-21.
Berikutan kekalahan itu, Aaron-Wooi Yik perlu menang pada pertemuan terakhir kumpulan menentang wakil Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura esok untuk mara ke peringkat suku akhir.
Hanya dua beregu teratas dalam kumpulan akan mara ke suku akhir.
Mengulas mengenai pertemuan itu, Aaron berkata mereka tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan kerana sering melakukan kesilapan sehingga membolehkan pasangan Indonesia itu mengutip mata mudah.
"Pada set kedua kita bermain dengan baik, tetapi selepas 'interval' kami gagal mengekalkan permainan," katanya dan menambah mereka akan beraksi bermati-matian menentang wakil Kanada itu pada pertemuan esok untuk layak ke suku akhir.
Beliau berkata mereka tidak pernah berdepan pasangan dari Kanada itu, sebaliknya hanya menonton video bagi mengetahui corak permainan lawan mereka itu.
Pada aksi pembukaan dua hari lepas, gandingan muda negara itu menumbangkan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15.
Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meraih sebarang kemenangan pada penampilan di Sukan Olimpik Tokyo apabila tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.
Pada aksi hari ini, Peng Soon-Liu Ying terpaksa akur di tangan pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping 13-21, 19-21.
Ketika ditemui pemberita, Peng Soon mengakui prestasi mereka terkesan pada temasya sukan itu kali ini kerana terlalu mahukan kemenangan dan meraih keputusan yang cemerlang.
"Kita sudah bermain habis-habisan, tetapi keputusan di Sukan Olimpik Tokyo mengecewakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
Aaron-Wooi Yik perlu menang pada pertemuan terakhir kumpulan menentang wakil Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura esok untuk mara ke peringkat suku akhir. - AP Photo/Dita Alangkara
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.