KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia badminton, Kento Momota gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas ditewaskan oleh Heo Kwang-hee dari Korea Selatan dalam pusingan kumpulan A.

Hanya dua set permainan yang diperlukan oleh Kwang-hee dalam memusnahkan harapan Momota yang menjadi salah seorang atlet harapan tuan rumah itu tewas dengan mata 21-15, 21-19.

Kegagalan Momota menjadi satu lagi episod duka buat rakyat Jepun, sehari selepas bintang tenis Jepun, Naomi Osaka turut tersingkir dalam pusingan ketiga selepas berentap dengan wakil Czech, Marketa Vondrousova pada Selasa.

Momota, 26 tahun telah memegang 11 rekod kejuaraan pada 2019 dengan hanya kekalahan sebanyak enam kali daripada 73 perlawanan yang berlangsung pada tahun itu.

Namun, hasratnya dalam acara Olimpik di tanah air berakhir pantas dengan Kwang-hee menewaskannya dalam masa 52 minit sahaja.

Sebelum ini, Momota pernah terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lumpur selepas van yang dalam membawanya dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori.

Dia mengalami kecederaan patah tulang hidung dan bahagian muka akibat terlibat dalam kemalangan pada tahun 2020 itu.