SUKAN
Orang dalam Bayer Leverkusen label Ten Hag pengurus paling teruk

Prestasi buruk pramusim dan Bundesliga, termasuk kekalahan kepada Hoffenheim dan seri menentang Werder Bremen, menyumbang kepada pemecatan Ten Hag. - Gambar fail/Reuters
ERIK TEN HAG dilabel oleh kakitangan Bayer Leverkusen sebagai salah seorang pengurus terburuk kelab itu dalam 20 tahun kebelakangan ini sebelum dipecat secara mengejut oleh kelab Bundesliga itu.
Ringkasan AI
- Erik Ten Hag dipecat oleh Bayer Leverkusen selepas hanya tiga perlawanan, dan dilabel sebagai salah seorang pengurus paling teruk dalam sejarah kelab itu.
- Pertelagahan dengan pihak atasan mengenai pembelian pemain dan arahan kelab menyebabkan hubungan tidak dapat dipulihkan.
- Prestasi buruk pramusim dan Bundesliga, termasuk kekalahan kepada Hoffenheim dan seri menentang Werder Bremen, menyumbang kepada pemecatannya.
Ten Hag telah mengambil alih kerusi panas itu daripada Xabi Alonso berikutan pemergiannya ke Real Madrid pada musim panas ini, namun selepas menjual ramai pemain utama -- - termasuk Florian Wirtz, Jonathan Tah, Jeremie Frimpong, Piero Hincapie dan Granit Xhaka -- mereka mengharungi pramusim yang sukar.
Malah, Pengurus Belanda itu juga menuduh pemainnya tidak cergas walaupun mengetuai keseluruhan pramusim dan mempamerkan prestasi buruk dalam dua perlawanan Bundesliga terawal.
Mereka tumpas 1-2 kepada Hoffenheim di laman sendiri dan seri 3-3 ketika menentang Werder Bremen yang beraksi dengan 10 pemain di sebalik mendahului dua gol.
Laporan Bild di Jerman mendedahkan kakitangan yang telah lama berkhidmat di situ telah mengejek Ten Hag dengan menggelarnya antara pengurus paling teruk dalam sejarah kelab tersebut sambil memperincikan taktikal yang diterapkannya mengelirukan. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami