Orang ramai dari sekitar ibu negara dan negeri berhampiran mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan majlispembukaan rasmi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) malam ini.

Stadium Nasional yang mempunyai kapasiti 85,000 penonton dalam satu-satu masa itu, mula dibanjiripenonton tempatan dan luar negara sejak pintu masuk dibuka pukul 4 petang tadi.

Kebanyakkan mereka tiba lebih awal daripada itu untuk mengelakkan kesesakan dan mendapatkantempat menonton yang selesa dan terbaik.

Upacara pembukaan rasmi edisi ke-29 temasya dwitahunan itu dijangka berlangsung pada pukul 8malam.

"Saya datang ke sini untuk menyaksikan secara langsung majlis pembukaan Sukan SEA ini bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dan merasai kemeriahannya...Sudah lama Malaysia tidak menjadi tuan rumah Sukan SEA, sudah pastilah saya teruja untuk menyaksikan apa yang akan disajikan dalam majlis perasmian ini," kata Mohd Hafizul Abdul Rashid ketika ditemui hari ini.

Beliau berharap kontinjen Malaysia akan dapat meneruskan kecemerlangan pada temasya kali ini memandangkan pencapaian atlet negara mendahului pungutan pingat setakat ini.

Sementara Nurul Fazlina Yazid turut teruja untuk menyaksikan secara langsung majlis perasmian itu selepas kali Malaysia menjadi tuanrumah kali terakhir pada 2001.

"Kami semua sangat teruja untuk menyaksikan persembahan bertaraf antarabangsa di sini. Untuk temasya kali ini, kami juga berharap kontinjen negara dapat meraih 111 pingat emas seperti disasarkan dan kemuncaknya, pasukan bola sepak perlu menang pingat emas," kata Nurul Fazlina yang datang menaiki LRT bersama-sama rakan-rakannya

Rata-rata yang datang ke Bandar Sukan Kuala Lumpur itu menggunakan sistem pengangkutan awamdan tidak kurang juga menggunakan perkhidmatan teksi Grab.

Walaupun pihak Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahmenasihatkan orang ramai untuk memakir kenderaan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan, masihramai yang tidak mematuhi arahan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasanStadium Nasional.

-- BERNAMA