awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PABM gantung atlet positif ujian doping

Astro Arena
Astro Arena
15/06/2016
14:16 MYT
PABM gantung atlet positif ujian doping
Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan digantung selama dua tahun selepas diuji positif menggunakan bahan terlarang steroid. - Gambar hiasan
PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil keputusan menggantung Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan selama dua tahun selepas diuji positif menggunakan bahan terlarang steroid.
PABM akhirnya membuat keputusan selepas kes itu tertangguh hampir tiga bulan.
Penggantungan dua tahun dikenakan selepas merujuk perkara itu kepada Agensi Anti Doping Dunia (WADA), sekali gus mengelak daripada mengenakan hukuman mandatori empat tahun.
Ia juga keputusan terbaik buat PABM dan atlet.
Keputusan itu juga sudah dimaklumkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
Penggantungan dua tahun bermakna Constantine dan Nasir akan terlepas Sukan SEA Kuala Lumpur dan Kejohanan Dunia di Pulau Pinang, tahun depan.
"Atlet masih lagi boleh membuat rayuan terhadap penggantungan yang telah diberikan," kata Abu Hanapiah Ismail, pengerusi jawatankuasa disiplin PABM.
Constantine dan Nasir diuji positif bagi steroid ketika kem latihan pusat di China.
Ekoran kes itu, mereka terus dihantar pulang ke tanah air, sekali gus terlepas kempen Kelayakan Olimpik.
Topic Berkaitan
#angkat berat
#kes doping
#PABM
#positif steroid
#WADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan