Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menamatkan kontrak pengurus pasukan The Bos Gaurus Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkuat kuasa hari ini, kata Presidennya Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Beliau berkata tempat Ahmad Shahrul kini diisi Timbalan Presiden PAFA Datuk Adly Shah Ahmad Tah seterusnya mengetuai skuad negeri meneruskan kempen Piala Malaysia pada 4 Ogos ini.
Katanya penamatan kontrak Ahmad Shahrul bukan bermotifkan politik, sebaliknya disebabkan bekas pemain kebangsaan itu tidak mampu memberi sepenuh komitmen kepada pasukan.
"Perkara ini merupakan lumrah dalam mana-mana persatuan bola sepak. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan yang diambil dan jawatankuasa PAFA tidak akan merosakkan persatuan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada 25 Julai lepas Hasnul menyatakan bahawa khidmat Ahmad Shahrul selaku pengurus pasukan dikekalkan walaupun kontrak selaku setiausaha kehormat PAFA tidak disambung.
Menjelas lanjut, beliau berkata penamatan kontrak Ahmad Shahrul juga diyakini tidak akan mengganggu fokus skuad The Bos Gaurus untuk menepati sasaran layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Beliau dalam pada itu mewakili PAFA merakamkan penghargaan kepada Ahmad Shahrul kerana berjaya menjadikan pasukan Perak antara yang disegani dalam arena bola sepak tanah air serta berharap bekas ketua pasukan kebangsaan itu akan terus memberi sumabangan kepada industri bola sepak tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
PAFA merakamkan penghargaan kepada Ahmad Shahrul (gambar) kerana berjaya menjadikan pasukan Perak antara yang disegani dalam arena bola sepak tanah air. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Timbalan Presiden PAFA letak jawatan: Jangan percaya khabar angin
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Adly Shah, berkenaan perkara tersebut kepada pihak persatuan.
Sah! Zac Anderson milik Perak
Pemain kelahiran Australia, Zac Anderson kini sah menyarung jersi pasukan Perak selepas menandatangani kontrak setahun bersama Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
PAFA tamatkan kontrak pengurus 'The Bos Gaurus'
Beliau berkata tempat Ahmad Shahrul kini diisi Timbalan Presiden PAFA Datuk Adly Shah Ahmad Tah seterusnya mengetuai skuad negeri meneruskan kempen Piala Malaysia pada 4 Ogos ini.