awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang sedia jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027

Bernama
Bernama
11/07/2024
00:10 MYT
Pahang sedia jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Fadzli (kanan) mengadakan perjumpaan dengan atlet ragbi dan lawn balls SUKMA di Majlis Sukan Pahang, Kuantan, semalam. - Facebook Fadzli Kamal
KUANTAN: Pahang bersedia menawarkan diri sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027 dengan menjadi venue kepada sukan hoki berdasarkan infrastruktur gelanggang yang lengkap di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, beliau akan membawa hal berkenaan ke mesyuarat exco dalam waktu terdekat ini.
"Dari segi infrastruktur, saya teruja untuk menawarkan sukan hoki tetapi kita akan lihat keperluan apabila ditawarkan. Saya rasa kita mampu, bagaimanapun ia perlu mendapat persetujuan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perjumpaan Bersama Atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Ragbi dan Lawn Balls di Majlis Sukan Pahang (MSP), di sini, semalam.
Difahamkan tiga negeri sudah menyatakan minat menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 setakat ini iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah.
Mengenai persediaan kontinjen Pahang ke SUKMA 2024 di Sarawak, Fadzli berkata, beliau sendiri turun padang menyaksikan persiapan 22 daripada keseluruhan 36 jenis sukan yang akan disertai atlet negeri itu di temasya dwitahunan kebangsaan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
"Masih ada ruang atlet melakukan persiapan tetapi dalam keterujaan berlatih untuk mendapatkan pingat, kita meminta pihak MSP memantau mereka secara dekat agar tidak tercedera.
"Setakat ini, senarai pendek bilangan atlet Pahang yang bertanding dalam 36 jenis sukan di SUKMA ialah 560 orang. Mereka ini akan dikumpulkan dalam satu kem di Kuantan selama tiga hari sebagai persiapan terakhir sebelum acara penyerahan bendera kontinjen dibuat pada 25 Julai ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadzli Mohamad Kamal
#Sukan SEA 2027
#Pahang penganjur bersama
#Sukma Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan