PAHANG 1 SABAH 0
Gol tunggal perlawanan menerusi Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk mengangkat Pahang selaku pasukan pertama yang mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia apabila mengekalkan rentak kemenangan dalam aksi keempat Kumpulan C di Stadium Darulmakmur, sebentar tadi.
Tok Gajah kehilangan beberapa tonggak utama yang terdiri daripada Muslim Ahmad dan Mohamadou Sumareh yang tidak cergas sementara Safuwan Baharuddin pula menjalani penggantungan.
Penyerang import Sabah dari Angola, Aguinaldo, membuka permainan, yang tertangguh ekoran masalah lampu limpah, dengan mencemaskan pintu gol Pahang tetapi menemui ruang yang sempit untuk menyudahkan larian derasnya.
Tersentak dengan amaran awal itu, tuan rumah berusaha mencari gol awal menerusi rangkaian serangan daripada Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi dalam tempoh 10 minit pertama.
Sentuhan penyerang yang digelar 'Orang Besi' itu mengatasi pertahanan sebelum memusingkan badan, namun percubaannya melewati palang gol.
Pintu gol skuad pelawat kendalian Jelius Ating itu, yang belum meraih sebarang kemenangan, terus diasak yang menyaksikan Evan Wensley hampir tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menyekat hantaran Kaimbi yang mencari Saddil Ramdani.
Penjaga gol Tambadau, Mohd Sakri Masri, tangkas untuk merebahkan badan bagi menepis rembatan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, disusuli sepakan percuma Nwakaeme yang mengenai palang untuk kedudukan seimbang dalam separuh masa pertama.
Namun, juara Liga Perdana itu akhirnya dibolosi apabila penyerang kelahiran Nigeria itu bijak menguis masuk tandukan Matthew Davies ketika situasi kelam-kabut berikutan sepakan sudut pada minit ke-58 untuk gol peribadi ketiganya dalam kempen ini.
Juara 2013 dan 2014 itu sepatutnya melebarkan kedudukan dua minit kemudian tetapi umpanan Nor Azam Azih gagal disambar rakan sepasukan.
Dalam 10 minit terakhir, anak buah Dollah Salleh meningkatkan serangan tetapi digagalkan dengan penyudah tumpul.
Keputusan lain:
PULAU PINANG 1 PERAK 1
MELAKA UNITED 1 FELDA UNITED 3
Astro Arena
Sat Aug 24 2019

Jaringan Dickson Nwakaeme memastikan Pahang menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia. - Foto MFL

Ikan Budu | Kaedah simpan ikan ketika musim banjir
Dalam situasi banjir, kebiasaanya bekalan makanan terutama jenis barangan basah termasuk ikan sukar diperolehi. Apatah lagi tangkapan hasil laut juga berkurangan kerana nelayan tidak ke laut kerana laut bergelora. Bagaimana orang dahulu menyimpan bekalan makanan?

Vaksin COVID-19 | Argentina dan Serbia mula terima dos vaksin
Beberapa negara terus menerima penghantaran vaksin COVID-19 daripada negara pengeluar. Ini termasuk vaksin keluaran China, Sinopharm, dan Rusia - Sputnik V.

Banjir | Empat negeri masih terkesan, 10,549 mangsa terjejas
Empat negeri masih lagi terkesan banjir dengan jumlah keseluruhan mangsa kini 6,411 orang di 77 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Menurut portal info bencana JKM, Pahang masih catat jumlah mangsa tertinggi dengan 4,252 orang.

AWANI Ringkas: Empat negeri masih terkesan banjir | Pematuhan PKP di Melaka 95%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

Mayat jaket merah ditemui terapung
Mayat berkenaan ditemui terapung penduduk setempat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

COVID-19: India mula kempen vaksinasi besar-besaran, sasar 300 juta penduduk
Kerajaan itu mensasarkan untuk memvaksinasi 300 juta orang, termasuk 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain.

AWANI Ringkas: Sesi persekolahan bersemuka ditangguh | Kementerian Kesihatan arah teliti vaksin Pfizer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Anggota polis terbunuh dalam letupan di Afghanistan
Anggota yang cedera itu merupakan Timbalan Ketua Polis Bandar Kabul, Mawlana Bayan.

COVID-19: Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat kaji mutasi baharu - WHO
Peningkatan kapasiti penjujukan genom koronavirus perlu agar dapat memantau secara efektif perubahan dilalui virus.

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2.01 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kes kematian tertinggi dengan 393,000 kes.

Pahang tempah tiket suku akhir
Dickson Nwakaeme muncul wira pasukan Pahang menewaskan Sabah 1-0.