KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan mengingatkan Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon supaya lebih berhati-hati ketika melakukan pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan di Piala Asia 2023 pada Khamis ini.
Zainal berkata ini bagi mengelak berlakunya kesilapan percaturan seperti ketika skuad negara itu menentang Bahrain pada Sabtu lepas.
Beliau berkata semasa menentang Bahrain itu, keputusan Pan-gon membuat pertukaran dengan menggantikan Syamer Kutty Abba dengan Natxo Insa jelas mengubah momentum pasukan negara sekali gus membuka peluang pasukan lawan membolosi 0-1 pada minit akhir.
Justeru bekas penyerang Selangor itu berkata kesilapan seperti itu tidak boleh diulangi Pan-gon ketika beraksi menentang pasukan negara kelahirannya bagi aksi terakhir Malaysia peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023, Khamis ini.
"Mungkin Pan-gon memasukkan Insa kerana ingin mengawal keadaan, tetapi terbukti Malaysia diasak Bahrain. Jadi keputusan yang dibuat perlu diambil sebagai pengajaran kerana pasukan kita masih mentah.
"Tetapi kredit tetap harus diberi kepada Pan-gon kerana begitu lama bola sepak Malaysia kebelakang namun hanya dengan masa hampir dua tahun beliau mengubah pasukan kebangsaan," katanya ketika ditemui Bernama di Wisma Bernama di sini semalam.
Untuk perkembangan terkini dan berita saingan Piala Asia 2023, KLIK DI SINI!
Sabtu lepas, Malaysia tumpas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E di Stadium Jassim Bin Hamad sekali gus tersingkir daripada kempen Piala Asia 2023.
Dalam pada itu, Zainal Abidin menyifatkan pasukan Korea Selatan sebagai pasukan tangkas dan berintensiti tinggi, justeru skuad negara perlu menampilkan disiplin tinggi selain mengelakkan melakukan kesilapan-kesilapan kecil pada aksi terakhir peringkat Kumpulan E piala berprestij itu.
"Kita bermain dengan satu pasukan yang hebat dan menunggu setiap peluang, sebab kita perlu tahu, lawan Korea Selatan, lima kesalahan kita buat, empat kita dibolosi, kita kene faham dari sekarang, disiplin amat penting, bila kita hilang bola, habis," katanya.
Malaysia selepas ini akan melengkapkan baki saingan kumpulan menentang juara dua kali Korea Selatan yang pasti akan turun memburu kemenangan dengan jumlah jaringan besar untuk melangkah ke pusingan kalah mati selaku juara.
Malaysia akan menentang Korea Selatan, Khamis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Zainal berkata kesilapan sebelum ini tidak boleh diulangi Pan Gon ketika Harimau Malaya beraksi menentang pasukan negara kelahirannya, Korea Selatan. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.
Kekalahan kepada Oman bukan pengakhiran - Pan Gon
Keajaiban diharap pada perlawanan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan saingan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Harimau Malaya tekad balas dendam ke atas Oman di Bukit Jalil
Kim Pan Gon beri jaminan Malaysia akan membalas dendam selepas kalah 0-2 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Tak mungkin dihantar pulang! FAM pertahan Pan-gon bersama Harimau Malaya
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi perlawanan penting termasuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Bintang Totenham Hotspur, Son Heung-Min puji Harimau Malaya
Kapten Korea Selatan itu kagum dengan kegigihan dan kesunggguhan pasukan Malaysia yang mampu bangkit dua kali daripada ketinggalan.
Pan Gon bangga pemain capai keputusan menakjubkan
Pan Gon mengakui sukar memotivasikan pemainnya menjelang perlawanan menentang Taegeuk Warriors selepas gagal mara ke pusingan 16 terbaik.