awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal

Bernama
Bernama
08/08/2023
22:10 MYT
Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal
Mohamad Faisal baru-baru ini digantung permainan hingga 23 Ogos oleh jawatankuasa tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran. - Gambar fail BERNAMA
PETALING JAYA: Walaupun sedang menjalani hukuman penggantungan selama sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim mungkin tetap akan dipanggil untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tahap 1 di Chengdu, China, bulan depan.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon membayangkan akan membantu Mohamad Faisal bagi memastikan dia berada dalam keadaan terbaik sebelum dua perlawanan persahabatan; menentang Syria pada 6 Sept dan China, tiga hari kemudian.
"Dia telah bermain banyak perlawanan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Saya tidak fikir ia (penggantungan) akan menjejaskan prestasinya.
"Kita akan hubungi dia dan bertanya bagaimana kita dapat boleh membantunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis undian Pestabola Merdeka 2023 di sini, semalam.
Mohamad Faisal, baru-baru ini digantung permainan hingga 23 Ogos oleh jawatankuasa tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran.
Bagaimanapun pada 5 Ogos lepas jawatankuasa itu bersetuju membenarkan Mohamad Faisal menyertai semula latihan bersama Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya.
Malaysia akan memulakan kempen Pestabola Merdeka 2023 dengan menentang India pada 13 Okt di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejohanan empat pasukan itu juga akan menyaksikan Palestin menentang Lubnan dalam satu lagi perlawanan, bagi penentuan untuk ke final, sama ada menentang Malaysia atau India pada 17 Okt.
Untuk rekod, Malaysia muncul pasukan paling banyak memenangi Pestabola Merdeka dengan 12 gelaran termasuk memenangi kejohanan terakhir sejak kali pertama diadakan pada 1957.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Mohamad Faisal Abdul Halim
#jurulatih Kim Pan Gon
#Pestabola Merdeka 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan