awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandelela dinobat atlet terbaik SAM 2012

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2013
10:13 MYT
Pandelela dinobat atlet terbaik SAM 2012
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dinobat sebagai pemenang bagi Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia, SAM 2012.
Kejayaan membolehkan Pandelela membawa pulang piala kemenangan dan hadiah wang tunai RM10,000.
Pandelela, 19 tahun menewaskan lima finalis lain iaitu Syafiq Ridhwan dari sukan tenpin boling, Datuk Lee Chong Wei, badminton, Datuk Nicol Ann David, skuasy dan dua atlet Paralimpik, Hasihin Sanawi serta Ziyad Zolkefli.
Atlet kelahiran Sarawak itu cemerlang sepanjang tahun lalu, paling membanggakan meraih pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 untuk muncul atlet wanita pertama negara memenangi pingat pada temasya berprestij itu.
Ini merupakan kali kedua Pandelela merangkul anugerah itu selepas edisi 2010.
Hadir menyampaikan hadiah kepada Pandelela yang diwakili oleh Pegawai Majlis Sukan Negara, (MSN), Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Topic Berkaitan
#Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia
#Pandelela Rinong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan