Juara Keirin Dunia Azizulhasni Awang sanggup memanjat pokok bagi memberikan sokongan padu kepada dua pelumba berbasikal wanita Ju Pha Som Net dan Nurul Shuhada Zainal yang bertanding dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita di Dataran Nilai di sini.
Gelagat "The Pocket Rocketman" itu menarik perhatian orang ramai yang hadir memberi sokongan kepada pasukan negara, sehingga ada dalam kalangan mereka menggunakan peluang mengambil gambar Azizul yang berdiri di atas pokok.
Turut tidak melepaskan peluang merakamkan detik berkenaan ialah rakan sepasukan seperti Fatehah Mustapa dan penyumbang pingat emas negara acara Ujian Masa Berpasukan Lelaki Muhammad Ammer Ahmad Kamal.
Pasukan negara menerima sorakan dan tepukan gemuruh sebaik sahaja melintasi garisan penamat perlumbaan. Bagaimanapun, pemenang pingat emas, perak dan gangsa pada acara ini ditentukan menerusi photo finish.
Dalam acara itu, Ju Pha, 24, menamatkan saingan 101.5 kilometer itu dengan catatan masa 3 jam 14 minit dan 16 saat (3:14:16) di belakang juara bertahan daripada Vietnam Nguyen Thi That, 24, yang meraih emas acara itu, yang turut merekodkan masa yang sama.
Ju Pha ketinggalan satu tayar di belakang Thi That, yang juga pemenang pingat emas ketika sampai di garisan penamat.
Pelumba daripada Indonesia Priatna Ayustina Delia yang turut merekodkan masa yang sama iaitu 3:14:16 terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk meraih gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Sebaik melintasi garisan penamat, pasukan negara menerima sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton, termasuk Azizulhasni (gambar) yang sanggup memanjat pokok menyaksikan perlumbaan itu di Dataran Nilai. - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Peluru berpandu terkena sebuah tapak di Isafahan, Iran
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.
Raffi Ahmad mengaku pernah minum air basuhan kaki ibu
"Benar, saya minum (air basuh kaki). Minggu hadapan semua pekerjaan yang hilang saya dapat balik." - Raffi Ahmad
Tiada lagi ulang tayang Piala FA
Semua video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.
Niaga SPOTLIGHT: Financial Inclusion via Innovative FinTech
12% of Malaysia ie; 7 million Malaysians, primarily from rural areas are unbanked - meaning they cannot access any financial services.
This is a dire need in Malaysia due to the country’s fast growth rate in mobile banking and e-money transactions, which quadrupled to RM800 billion in 2021.
Moreover, the existence of financial inclusion gaps among underserved communities such as women, gig workers, and lower-income earners requires significant attention.
Niaga Spotlight speaks with Nisa Ismail, CEO, Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) about the latest in Financial Inclusion via FinTech to help close socioeconomic gaps, especially in rural areas.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
This is a dire need in Malaysia due to the country’s fast growth rate in mobile banking and e-money transactions, which quadrupled to RM800 billion in 2021.
Moreover, the existence of financial inclusion gaps among underserved communities such as women, gig workers, and lower-income earners requires significant attention.
Niaga Spotlight speaks with Nisa Ismail, CEO, Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) about the latest in Financial Inclusion via FinTech to help close socioeconomic gaps, especially in rural areas.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Simptom perikarditis paksa Azizulhasni tarik diri acara pecut
Azizulhasni terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu.
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut
Azizulhasni mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.
Muhammad Shah Firdaus mungkin terlepas peluang tambah mata kelayakan
Muhammad Shah Firdaus berkemungkinan terlepas aksi di UCI 2024 (Nations Cup) kerana mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Selasa lepas.
Azizulhasni hampir 'ditendang' kerana sokong Gaza
Sejurus memenangi perlumbaan tersebut ketika itu, dia mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.