awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Paris 2024: Yee Khie terlepas penamat podium

Bernama
Bernama
08/09/2024
09:47 MYT
Paralimpik Paris 2024: Yee Khie terlepas penamat podium
Yee Khie yang menjadi atlet terakhir negara beraksi menamatkan saingan di tempat ketujuh selepas melakukan angkatan 208kg pada percubaan kedua. - Gambar fail/Bernama
PARIS: Jaguh powerlifting negara Jong Yee Khie terlepas peluang mengekalkan penamat podium acara 107 kilogram (kg) lelaki Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.
Pada aksi di Porte de La Chapelle Arena, Yee Khie yang menjadi atlet terakhir negara beraksi menamatkan saingan di tempat ketujuh selepas melakukan angkatan 208kg pada percubaan kedua.
Pemenang pingat perak edisi Tokyo 2020 itu memulakan saingan dengan agak goyah apabila tidak dapat menyempurnakan angkatan pertama 208kg, sebelum sekali lagi tidak berjaya mengangkat bebanan 223kg pada percubaan terakhirnya.
Sementara itu, atlet kelahiran Kuching, Sarawak itu mengakui sukar untuk meraih pingat di Paris selepas dibelenggu kecederaan di bahagian dada kanan sejak Julai lepas.
Yee Khie berkata jika tidak mengalami kecederaan, beliau berkemungkinan mampu menukar jumlah angkatan lebih berat bermula 230kg dan ke atas bagi menjamin kedudukan podium.
"Memang kecewa tidak dapat pingat. Saya rasa patah hati pun ada, mungkin ini bukan masanya untuk saya tapi saya akan teruskan perjuangan di Los Angeles 2028 nanti," katanya kepada Bernama.
Wakil Iran Aliakbar Gharibshashi mencuri tumpuan pada penampilan kali ini dengan memecahkan rekod temasya sebanyak dua kali sekali gus mengesahkan pingat emas menjadi miliknya.
Aliakbar menyempurnakan angkatan 247kg untuk mengatasi rekod lama 245kg milik Sodnompiljee Enkhbayar dilakukannya di Tokyo 2020, sebelum memperbaharui rekod miliknya pada percubaan kedua dengan melakukan angkatan 252kg.
Enkhbayar pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas melakukan 248kg manakala Jose de Catillo dari Mexico memenangi gangsa dengan 222kg.
Secara keseluruhan, Malaysia menamatkan saingan di Paralimpik Paris dengan dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Pingat emas diperoleh menerusi Cheah Liek Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting 72kg lelaki).
Pingat perak disumbangkan dua jaguh olahraga para iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) dan Datuk Abdul Latif Romly menerusi lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) manakala gangsa tunggal kontinjen negara diperoleh menerusi Eddy Bernard dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paralimpik Paris 2024
#Jong Yee Khie
#jaguh powerlifting negara
#penamat podium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan