Wira dan wirawati Paralimpik negara merasa amat dihargai apabila diberi sambutan di luar jangkaan setibanya mereka ke tanah air pada Khamis.
"Saya sangat terkejut dengan sambutan oleh rakyat Malaysia. Saya tidak menjangkakan akan disambut semeriah ini," kata Muhammad Ziyad Zolkefli ketika ditemui Bernama pada majlis kesyukuran di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan di sini, malam tadi.
Menurut pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) itu berkata sambutan yang diperolehi hari ini sangat berbeza dengan sambutan yang diterimanya empat tahun lalu.
Katanya, selepas memenangi pingat gangsa di London pada 2012, sambutan tidaklah semeriah yang diadakan semalam.
"Saya ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang berkumpul meraikan kami. Sokongan mereka sangatlah saya hargai," kata atlet berusia 26 tahun dari Gombak, Selangor itu.
Kesemua empat pemenang pingat Sukan Paralimpik ke-15 di Rio de Janeiro serta 17 atlet Paralimpik yang lain telah diarak dengan menggunakan bas persiaran dua tingkat 'Hop On Hop Off' melalui beberapa jalan utama ibu negara.
Konvoi yang membawa mereka membuat persinggahan di Menara Berkembar Petronas dan pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang sebelum menamatkan perarakan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik.
Sepanjang perjalanan yang bermula dari Jalan Tun Razak hingga ke Kampung Pandan itu, atlet-atlet yang berada di bahagian terbuka bas berkenaan dan mengibarkan Jalur Gemilang itu diberikan tepukan gemuruh oleh orang ramai.
Sementara bagi atlet lompat jauh T20 Abdul Latif Romly pula, yang pertama kali beraksi di Sukan Paralimpik, berkata beliau terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia.
"Susah bagi saya untuk gambarkan. Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Sokongan mereka terhadap kami atlet Paralimpik sangat kami hargai," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2016
Mohammad Ziyad tidak menang tangan melayan peminat kecil yang berebut-rebut untuk bersalaman serta mendapatkan tandatangannya ketika Jelajah Atlet Emas Paralimpik Rio 2016 di Pusat beli- belah Pavilion pada Khamis. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.