awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo: Pencapaian rekod Asia gagal beri keceriaan kepada Brenda di kolam air

Bernama
Bernama
27/08/2021
14:54 MYT
Paralimpik Tokyo: Pencapaian rekod Asia gagal beri keceriaan kepada Brenda di kolam air
Brenda gagal menepati misi untuk mencatatkan masa bawah satu minti dalam acara tersebut. - Gambar/ Bernama
TOKYO: Pencapaian rekod Asia pada Sukan Paralimpik pada peringkat saringan gagal mengubati kekecewaan perenang negara Brenda Anellia Larry apabila gagal menempah tiket ke pusingan akhir acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu wanita S5 di sini hari ini.
Malah perenang muda berusia 16 tahun itu begitu hampa sehingga perasaan kecewa dan sedihnya dizahirkan dengan tangisan dalam tandas di Pusat Akuatik Tokyo.
Perasaan sedih menyelubungi dirinya tatkala gagal menepati misi untuk mencatatkan masa bawah satu minti dalam acara tersebut.
Oleh kerana kekurangan peserta dalam kategori S4, Brenda terpaksa bersaing dalam S5.
Beliau mencatat rekod Asia dengan melakukan catatan 1 minit 00.62 saat (s) dalam saringan 2, sekali gus memperbaiki catatan 1:09.72s yang dicipta di Kejohanan Siri Dunia Renang Para di Singapura pada 2019.
Bagaimanapun, pencapaian berkenaan tidak memadai untuk Brenda melangkah ke pusingan akhir petang ini apabila menamatkan saringan di tempat ke-13 daripada keseluruhan 14 perenang.
Mengikut format pertandingan, hanya lapan daripada 14 perenang terbaik dalam siri dua saringan tersebut menerima slot ke final.
"Dia menangis sebaik sahaja keluar dari kolam renang dan terus menangis dalam tandas.
"Saya memberitahunya tidak perlu menangis kerana dia baru sahaja memecahkan rekod Asia miliknya tetapi dia begitu kecewa kerana gagal melakukan yang terbaik," kata jurulatih Brenda, Eva Wong kepada Bernama.
Eva, yang bangga dengan pencapaian Brenda dan percaya anak buahnya mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh, berharap remaja itu dapat menebus kekecewaan dengan melakukan aksi terbaik pada acara kegemarannya iaitu 50m kuak lentang pada Jumaat depan (3 Sept).
Eva, yang menjadi jurulatih Brenda sejak 2016, berharap akan ada satu kategori S4 kuak kupu-kupu wanita pada temasya 2024 di Paris.
"Pada masa ini, semua perenang acara kuak kupu-kupu daripada kategori S1 hingga S5 perlu bersaing dalam S5. Saya harap akan ada satu acara S4 pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paralimpik Tokyo
#Tokyo 2020
#perenang negara
#Brenda Anellia Larry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan