awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan

Bernama
Bernama
08/07/2024
20:40 MYT
Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan
Norazman Abu Samah berkata Nur Aisyah mengalami kecederaan ringan di bahu dan tekak susulan kemalangan itu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara Nur Aisyah Mohamad Zubir sudah pulih sepenuhnya untuk beraksi di Olimpik Paris 2024 selepas terlibat dalam kemalangan ketika menyertai pertandingan di Belgium pada 16 Jun lalu.
Pengurus pasukan skuad berbasikal lebuh raya negara Norazman Abu Samah berkata Nur Aisyah mengalami kecederaan ringan di bahu dan tekak susulan kemalangan itu.
"Jurulatihnya Amir Mustafa Rusli telah memaklumkan kepada kami mengenai kemalangan itu.
"Kini beliau dah pulih sepenuhnya dan tengah jalani latihan, juga dah berlumba balik seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Norazman turut memaklumkan basikal yang digunakan Nur Aisyah ketika menyertai pertandingan tersebut patah di beberapa bahagian.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana basikal yang rosak itu merupakan basikal gantian dan bukan basikal yang akan digunakan Nur Aisyah semasa Olimpik Paris 2024.
"Saya diberitahu basikal itu tak sempat dibaiki untuk Olimpik nanti. Tapi Alhamdulillah sebelum ini dia sudah dapat penaja untuk basikal baharu.
"Jadi kami bersyukur kerana jentera utamanya yang akan digunakan di Olimpik masih dalam keadaan baik," katanya.
Atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu bakal mencipta sejarah sebagai pelumba berbasikal lebuh raya wanita Malaysia yang pertama untuk beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#kemalangan
#mencipta sejarah
#kecederaan ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan