awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan kami hampir sempurna - Sukri

Astro Arena
Astro Arena
21/06/2017
14:24 MYT
Pasukan kami hampir sempurna - Sukri
SUKRI: Kami agak sempurna pada hari ini walaupun ada beberapa kesilapan.
"PASUKAN kami hampir sempurna," itu komen kapten hoki negara, Sukri Mutalib, selepas membelasah China 5-1 untuk meraih tangga ketiga Kumpulan A, separuh akhir Liga Hoki Dunia di London, pagi tadi.
Malaysia terlalu hebat untuk China di Stadium Hoki Lee Valley selepas semua gerakan pemain menjadi dan apa yang lebih menarik, corak menyerang sejak permainan bermula menghasilkan empat gol sebelum rehat.
Malaysia memusnahkan harapan China untuk mengesahkan kemenangan kedua dan berdepan India pada suku akhir pada awal pagi nanti.
"Kami agak setuju. Kami agak sempurna pada hari ini walaupun ada beberapa kesilapan. Apa yang penting, semua pemain memberikan komitmen tinggi di atas padang," kata Sukri.
Sementara itu, pemain pertahanan China, Du Talake, berkata: "Banyak serangan kami tidak menjadi. Malah saya mengalami kecederaan bahu sebelum datang ke sini sekali gus menyukarkan gerakan mengambil pukulan sudut penalti."
Gol Malaysia dijaringkan penyerang, Faizal Saari, seawal minit kedua, sebelum pemain pertahanan, Najmi Farizal Jazlan, menemui gol 10 minit kemudian.
Pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abdul Rahim, menyumbang dua gol iaitu pada minit ke-20 dan 27.
China bangkit menerusi gol Talake pada minit ke-43, bagaimanapun, pemain tengah negara, Fitri Saari, memusnahkan sisa kebangkitan China pada minit ke-51.
Perjalanan skuad hoki negara di London bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada pasukan terbaik dunia, Argentina, 2-5.
Malang berterusan selepas dibelasah England 7-3 tetapi kebangkitan bermula selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 diikuti China 5-1.
Topic Berkaitan
#hoki
#Liga Hoki Dunia
#London
#Malaysia
#pasukan negara
#Sukri Mutalib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan