ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak mahu anak buahnya fokus terhadap persiapan untuk perlawanan suku akhir kedua bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) FC yang akan berlangsung Khamis ini.
Mengakui ia bukan sesuatu yang mudah, namun jurulatih kelahiran Singapura itu yakin dengan strategi dan persiapan mencukupi, tidak mustahil pasukannya dapat melakukan yang terbaik pada perlawanan itu nanti.
"Dengan keputusan malam ini, saya yakin pemain mempunyai tahap motivasi yang tinggi dan mereka diharap dapat memberi tentangan dan cabaran seperti yang ditunjukkan pada perlawanan kedua bertemu JDT sekali lagi," katanya kepada pemberita selepas pertemuan KDA FC dengan JDT FC yang berkesudahan 0-0 tanpa jaringan di sini malam tadi.
Aidil Sharin berkata sehubungan itu, persediaan rapi harus dilakukan kerana saingan kali ini lebih mencabar apabila bermain di tempat lawan nanti.
Mengulas perlawanan malam tadi, Aidil Sharin bangga dengan prestasi yang dipamerkan semua pemainnya di semua posisi kerana menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi mengekang asakan pasukan lawan.
"Mereka (pemain) juga bermain mengikut arahan dan tahap displin yang tinggi selain kerjasama yang baik ditunjukkan di dalam padang," katanya yang mahukan rentak kecemerlangan konsisten ditunjukkan pemain dan diteruskan ketika berada di padang pasukan pelawat.
BACA: Piala Malaysia: KL City bawa bekalan dua gol ke Cheras, Kedah-JDT terikat di Alor Setar
BACA: Isu tidak bayar gaji pemain KDA FC: Sanusi nafi dakwaan TMJ
Beliau juga memuji berapa pemain muda yang telah memberikan persembahan meyakinkan sehingga dapat mengekang kemaraan pasukan pelawat.
Sementara itu, Ketua jurulatih JDT FC Benjamin Mora Mendivil berkata pasukan Kedah menunjukkan mutu permainan yang cemerlang terutamanya pemain muda sehingga menyebabkan pemainnya sukar memperoleh gol.
Berikutan itu, beberapa percaturan dan perancangan akan dilakukan bagi memperkemaskan pasukannya untuk berdepan Kedah pada Khamis ini."Ia perlawanan yang sengit dan Kedah bermain dengan baik sekali di semua posisi dan saya harap pasukan kami akan lebih bersedia untuk perlawanan itu nanti dan mahukan sesuatu yang lebih baik di Johor Bahru," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Aidil Sharin mahu rentak kecemerlangan konsisten ditunjukkan pemain KDA FC dan diteruskan ketika berada di padang pasukan pelawat. - Gambar fail BERNAMA
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu memperbaikinya.
Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.
KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin
Ahli lembaga pengarah kelab memberi keutamaan kepada perancangan bagi musim 2023.
Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin
Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada JDT dilihat menjadi faktor KDA FC gagal meraih mata.
Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.
Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus
Selangor dianggap mempunyai motivasi terbaik selepas menundukkan Sabah di laman lawan.
Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik.
Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC
Walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah
Ia mampu beri kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi
Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau berbangga dengan persembahan dipamerkan anak buah ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak.