awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel

Bernama
Bernama
31/08/2021
10:59 MYT
Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel
Siri pertama dan kedua kejohanan itu akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), masing-masing pada 19-20 Nov dan 26-27 Nov ini. - Gambar fail/ Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi 7-sebelah (7s) lelaki dan wanita kebangsaan bakal memulakan latihan pusat secara gelembung sukan Khamis ini di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai persediaan ke kelayakan Sukan Komanwel 2022.
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua pasukan yang sedang menjalani kuarantin selama lima hari selepas melapor diri di UPM pada 28 Ogos lepas, perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan UPM.
Menurut KRM, tempoh kuarantin dikurangkan daripada 10 hari ke lima hari selepas mengambil kira kesemua atlet dan jurulatih telah lengkap dua dos vaksin.
Bagaimanapun, hanya pemain, jurulatih dan pegawai yang sihat dan bebas jangkitan ketika ujian RTK pada 2 Sept ini oleh Institut Sukan Negara (ISN) akan dibenarkan turun berlatih bagi menghadapi Kejohanan Siri Ragbi Asia yang juga merupakan kejohanan kelayakan Birmingham 2022.
Siri pertama dan kedua kejohanan itu akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), masing-masing pada 19-20 Nov dan 26-27 Nov ini.
"Bagi skuad ragbi 7s wanita, lima pemain senior yang pernah beraksi di Sukan SEA 2017 dan 2019 telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama pasukan," menurut kenyataan itu.
Lima pemain tersebut ialah Maslina Ahmad Ismail, Christina Edris, Cindy John Pasan, Fidelia Limang Telajan dan Wan Zufirah Mohd Nasir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad ragbi
#latihan
#kelayakan komanwel
#UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan